Artis

Pihak Pengurusan Maklumkan Kenapa Kontrak Shuk Sebagai DJ Hot FM Ditamatkan Serta Merta.

Petaling Jaya: Kontrak dan khidmat Shuk sebagai penyampai radio Hot FM ditamatkan berkuat kuasa hari ini.

Pengurus Besar Kumpulan Audiens & Pemasaran Ripple, Anida Mohd Tahrim berkata, hasil siasatan dalaman yang dibuat mendapati kontrov3rsi membabitkan Shuk itu melanggar kontrak perkhidmatan.

“Siasatan dalaman mendapati berlakunya pelanggaran terma perjanjian oleh Shuk seperti yang sudah dipersetujui dalam kontrak perkhidmatan sebagai penyampai radio Hot FM. Shuk juga sudah dimaklumkan mengenai hal ini,” katanya.

Penamatan perkhidmatan Shuk atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar itu susulan tugas Shuk sebagai penyampai radio Hot FM digantung buat sementara pada 24 Januari lalu.

“Khidmat Shuk sebelum ini digantung buat sementara untuk memberi ruang kepada pihak pengurusan melakukan siasat4n dalaman yang terperinci terhadap isu kontrov3rsi membabitkannya yang tul4r di media sosial,” katanya.

Anida berkata, pihak pengurusan Hot FM turut mengumumkan segmen Geng Pagi Hot (GPH) tampil dengan wajah baru bermula 15 Februari lalu menerusi gandingan Fizie dan penyampai baharu Hot FM, Mark Adam.

“Selepas Shuib berundur dari Hot FM, kami sudah merancang untuk memberi pembaharuan kepada GPH dengan kemasukan Mark Adam.

“Reputasi Mark sebagai penghibur serba-boleh memberikan nafas segar untuk segmen GPH. Harapan kami supaya pendengar akan terus menyokong Hot FM dan kami menjanjikan pengisian yang terbaik buat semua khususnya pendengar setia Hot FM,” katanya.

 

Terima dengan hati terbuka

Kuala Lumpur: “Saya okay dan terima keputusan Hot FM. Saya faham mereka punya bahagian,” kata pelawak popular, Shuk Sahar mengenai penamatan kontraknya sebagai penyampai radio Hot FM yang berkuat kuasa hari ini.

Shuk, 35, atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar ketika dihubungi berkata, dia menerima keputusan itu dengan hati terbuka dan beranggapan itu keputusan terbaik dibuat pengurusan stesen radio popular itu.

Bagaimanapun, Shuk ketika dihubungi belum bersedia untuk bercerita lebih lanjut dan meminta diberi sedikit ruang.

“Apa pun, keputusan yang dibuat ini adalah yang terbaik buat Hot FM. Jadi saya terima, cuma buat masa sekarang saya belum bersedia untuk bercerita lanjut. Beri saya ruang dalam tempoh sehari dua ini,” katanya kepada Harian Metro.

Terdahulu, pihak pengurusan Ripple mengumumkan perkhidmatan Shuk ditamatkan selepas tugasnya digantung sementara pada 24 Januari lalu.

Pengurus Besar Kumpulan Audiens & Pemasaran Ripple, Anida Mohd Tahrim dalam satu kenyataan berkata, hasil siasatan dalaman yang dibuat mendapati kontrov3rsi membabitkan Shuk itu melanggar kontrak perkhidmatan.

Januari lalu, tular di media sosial mengenai pergolakan semula rumah tangga Shuk apabila isterinya, Rossalennah Natassiah Asshaferah atau Sera membuat pendedahan berani di Instagram.

Menerusi beberapa perkongsian hantaran yang dimuat naik di media sosial itu, Sera mendedahkan Shuk masih lagi cur4ng bersama wanita yang pernah dikaitkan dengannya sebelum ini.

Bagaimanapun, pada 8 Februari lalu Shuk sudah berbaik dan berjaya memujuk semula isterinya selepas membuat kejutan membawa rombongan meminang ke kediamannya.

Shuk juga mengakui kesalahan dilakukan dan dia menyesal. Malah, janjinya selepas apa yang berlaku dia mahu melakukan yang terbaik buat isteri, anak-anak dan keluarga.

Shuk dan Sera mendirikan rumah tangga pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Nur Qurratu Ain, 4, dan Nur Assyifatu Aimi, 1.

 

sumber : hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *