Artis

“Saya meraung memekak tak ingat dunia..” Andi Bernadee Di Sih1r, Jumpa Barang Ini Di Bumbung Rumah.

KUALA LUMPUR:Dalam dunia serba moden hari ini, masih lagi ada manusia yang tergamak melakukan onar terhadap orang lain melalui perbuatan khurafat seperti amalan sih1r atau sant4u.

Yang sentiasa menjadi mangsa pula lazimnya tidak tahu apa kesalahan yang dilakukan mereka sehingga terpaksa menanggung beban penderitaan.

Itulah yang sedang dialami penyanyi dan pelakon terkenal, Andi Bernadee.

Dalam perkongsian di akaun Instagram peribadinya tengah malam tadi, dia mendakwa menjadi mangsa perbuatan khianat.

Artis berusia 30 tahun itu memuat naik video menunjukkan paku karat dalam mangkuk berisi kuning telur.
Selain itu, seekor katak kering pula, kata Andi atau nama sebenarnya, Andi Azrul Andi Mapangile ditemui di bumbung kediamannya.

Andi mendakwa, perbuatan khianat itu bukanlah kali pertama dilaluinya kerana sebelum ini dia pernah menjamah ‘benda kotor’ yang diletakkan dalam makanannya.

“Ini bukan kali pertama saya kena sih1r. Saya penat merasa kesakitan yang dahsyat sekitar dua tiga tahun lalu. Hinggakan saya terpaksa pergi berubat di Yogyakarta, Indonesia.

“Sebelum ini, saya pernah termakan benda kotor yang diletak dalam makanan. Dan, saya terkena lagi beberapa hari lalu buat kali kedua. Rakan serumah terpaksa memanggil ustaz untuk mengubati saya selepas Asar, petang semalam.

“Saya susah nak lelap mata serangan kali ini. Mata rasa nak tutup, tetapi tidak dapat tidur. Saya berjaga sepanjang malam dan hanya tidur pada sebelah pagi. Selera makan bertambah hingga perut menjadi buncit,” kata Andi seperti dilaporkan BH Online.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by #KaisPagiKaisPetang (@andibernadee)

Sebetulnya, kata penyanyi lagu Satu Peluang dan Donde itu, dia enggan untuk mempercayai segala perbuatan karut sedemikian.

Bagaimanapun, dalam pada cuba untuk melaluinya dengan penuh kekuatan yang ada dalam dirinya, Andi berasakan dia semakin tewas.

“Saya cuba kuat, namun tewas juga. Kali ini, saya tak sedar diri ketika dirasuk hingga ustaz datang mengubati.
“Rakan serumah memaklumkan saya meraung dan memekak tak ingat dunia.

“Ustaz akan datang berubat ke rumah selama tiga hari. Setakat ini, insya-Allah saya semakin okay,” kata Andi lagi.
Sehubungan itu, selepas berikhtiar mencari penawar, Andi menyerahkan segala-galanya kepada Yang Maha Esa.

“Saya tak tahu apa salah saya hingga diperlakukan seperti ini. Saya anggap ini ujian Allah,” katanya lagi.

 

sumber : bharian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *