Viral

Ibu Cemas, Pihak Hospital Tertukar Bayinya Dan Telah Di Bawa Balik Pihak Lain.

Tular di laman Facebook satu perkongsian seorang pengguna bernama Puan Nur Hafiza Md Rosli yang menceritakan pengalaman cemas apabila bayinya telah tertukar.

Ibu ini  selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada 12 Februari lalu namun setelah 3 hari ,ibu telah dibenarkan pulang manakala bayinya masih memerlukan pemantauan doktor kerana jaundice (kuning)

Namun beliau menghubungi pihak hospital untuk bertanyakan mengenai keadaan bayinya. Pada 17 Februari doktor memaklumkan keadaan bayinya yang belum cukup berat untuk dibenarkan membawa pulang bersama.

Bayi kena tinggal sebab jaundice

“Alhamdulillah pada 12/2/2021/1016pm /Boy /3.1kg sy selamat lahirkan sikecik ni secara pembedahan.”

“Pada 15/2 /2021 – Mamy Discharge Hospital tapi baby kena tinggal di nursery sebab jaundice.”

Bayi masih kena monitor lagi satu malam

“Pada 16/2/2021 (Selasa) -Nursery call untuk datang tengok baby sebab baby dah turun jaundice dan mintak ibu datang untuk tengok cara penyusuan secara bf.”

“Pada masa yang sama dapat la tengok baby tapi baby tak boleh balik sbb nak monitor lagi satu mlm.”

Bayi dah tak duduk bawah lampu

“Maybe esok dah bole discharge, sebab malam tu baby dah xduduk bawah lampu dah (So Mamy Berharap esok dapat bawak balik baby).”

“Pada 17/2/2021 (11.30pg) -Call nursery untnk kepastian tapi dari (india lelaki) bagitaw xbole discharge harini sebab berat baby turun so kena monitor lg satu hari.”

Doktor cadangkan untuk ibu datang susukan bayi

“Pada 17/2/2021 (12.30 tghri) -Suami call untuk kepastian dan minta baby dibawa balik sebab baby dah ok dari jaundice dan xperlu duduk bawah lampu tapi tetap xbole sebab nak tunggu sampai berat baby ok.”

“Pada 17/2/2021 (3.45ptg) -Call lagi untuk tanya keadaan anak (dr chinese perempuan) terangkan benda yang sama dan (sebelum tu ibu request nak datang susukan) dan DR suggest untuk datang ke hospital untuk susukan baby pada 5.30 petang.”

Ibu menyedari bayi yang ingin di susui itu bukan anaknya

Tergerak hati mahu pergi ke hospital bagi tujuan penyusuan, tekaan wanita ini tepat apabila bayi yang diserahkan bukan anaknya.

“Pada 5.30 petang -terus ke nursery bertanya nurse dan terus dibawa ke baby cot baby dan saya terus bgtaw nurse berkenaan itu bukan anak saya.”

 

 

Nama tertera di katil bayi dan tag di kaki tidak sama

Nurse minta semak nama di cot betul nama ibu (nama saya) tapi semak di tag kaki anak nama ibu lain..

Ibu di minta tunggu sekejap (maybe g cari la kot),lebih kurang 15-20 mnt cmtu tnye nurse lg ,nurse bgtaw bole panggil suami x nnti kita jelaskan..(Emosi mse ni xtau nk ckp ape dh mcm2 pk )

Bayi telah discaj dan di salah ambil oleh pasangan lain

Dlm bilik itu terus diterangkan dan mereka minta maaf sebab baby dh discharge tgri tu dan disalah ambil oleh org lain..serta mengaku kecuaian mereka..dan mereka telah ambik tindakan segera utk detect anak sy di mana dan terus hubungi ibu berkenaaan dan bergegas ke lokasi berkenaan utk ambil anak sy semula …(Seb baik dpt detect )

Bayi telah di ambil dan di bawa semula ke hospital 

17/2 8.15 pm : Baby sy dibawa semula ke nursery dan baby sy ditimbang depan sy dan suami ternyata berat baby sy berbeza dari ape yg diterangkan doc2 berkenaan …(semasa dlm panggilan)(jadi report pon tersalah dan tertukar )(berat yg terkurang tu berat baby lg satu bukan baby saya)

Nasib baik tergerak hati nak datang 

“Pada pukul 3.40 petang saya call tu ternyata baby saya memang dah xde kat nursery lagi dah.”

“Nasib baik gerak hati nak datang petang, kalau x xtau la berapa lama dia dah keluar ikut org lain.”

Harap tak berulang lagi lepas ini pada orang lain

“Lebih kurang dalam 10 malam baru settel dan saya boleh bawak balik baby ke rumah”.

“Dengan keadaan sakit ceaser menunggu dari 5.30 sampai 10 mlm (Allah je tahu perasaan tu) Semoga xberulang lagi lepas ni pada org lain.”

Semoga kisah ini menjadi pengajaran kepada kita semua untuk lebih berhati-hati dalam apa jua keadaan.

Kredit: Nur Hafiza Md Rosli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *