COVID-19

Dr Noorhisham Umum Vaksin Covid-19 Dah Sampai, Ini Lokasi Penyimpanan Vaksin Tersebut

Ketibaan vaksin  Covid-19 pertama di Malaysia sebentar tadi sememangnya ditunggu-tunggu seluruh rakyat.

Selepas hampir setahun negara dilanda virus maut itu, akhirnya ada sedikit sinar harapan baru buat semua bagi membendung penularan wabak ini daripada terus merebak.

May be an image of airplane

Kongsi ketibaan vaksin pertama negara

Dalam perkongsian yang dibuat oleh Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Datuk Sri Dr Noor Hisham Abdullah di laman Facebook rasminya, beliau bersama-sama Menteri Kesihatan Malaysia Dato’ Sri Dr Adham Baba, YB Menteri Sains, Teknologi & Inovasi Khairy Jamaluddin dan YB Menteri Pengangkutan Dato’ Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong telah menyaksikan ketibaan vaksin keluaran Pfizer-BioNtech di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebentar tadi.

Syukur Alhamdulillah

Sehubungan itu, khabar baik tersebut telah disambut dengan ucapan syukur daripada seluruh rakyat Malaysia. Mereka juga berdoa agar dengan adanya vaksin ini, pandemik Covid-19 dapat dibendung dan rakyat dapat kembali hidup seperti biasa.

Mereka meninggalkan komen-komen tersebut di ruangan Facebook Dr Noor Hisham selepas melihat gambar-gambar vaksin yang tiba di ruangan tersebut.

 

Harap proses selanjutnya berjalan lancar

Terima kasih kepada semua petugas barisan hadapan

Semoga urusan kita dipermudahkan

 

Sumber: Dr Noor Hisham Abdullah

Vaksin disimpan di 16 lokasi seluruh negara

Kuala Lumpur: Kumpulan pertama membabitkan 312,390 dos vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech yang dibawa menggunakan pesawat khas selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), hari ini.

Menteri Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Khairy Jamaluddin berkata, penghantaran kumpulan kedua vaksin berkenaan pula akan diterima pada 26 Februari ini.

KONVOI kenderaan membawa kumpulan pertama vaksin Pfizer-BioNTech bergerak dari kargo KLIA melalui Lebuhraya ELITE ketika menuju ke pusat penyimpanan vaksin di Subang. FOTO Aizuddin Saad

“Kita akan menerima penghantaran seterusnya setiap dua minggu sehingga menerima jumlah keseluruhan tempahan daripada Pfizer dan tidak termasuk vaksin lain.

“Ini adalah detik bersejarah bagi kita apabila vaksin ini sudah sampai dan kita boleh buat persediaan awal bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan,” katanya pada sidang media selepas menyambut ketibaan vaksin berkenaan, hari ini.

Khairy yang juga Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan berkata, kumpulan vaksin berkenaan akan dihantar ke 16 lokasi pusat simpanan vaksin di seluruh negara melalui kenderaan darat.

“Ada sebahagian vaksin akan dihantar ke Johor dan dijangka tiba jam 2 petang ini serta ke Pulau Pinang melalui pesawat yang dijangka tiba jam 6 petang ini.

“Kami tidak boleh mendedahkan 16 lokasi itu yang membabitkan Johor, Pulau Pinang, Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur atas faktor keselamatan,” katanya.

Kumpulan pertama vaksin berkenaan yang tiba kira-kira jam 10 pagi tadi disambut oleh Khairy bersama Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Pesawat MH604 yang membawa vaksin berkenaan dihias dengan livery Jalur Gemilang sebagai simbolik bahawa vaksin itu adalah untuk rakyat Malaysia.

Penghantaran vaksin berkenaan dikendalikan oleh MAB Kargo Sdn Bhd (MASKargo) dengan penerbangan Passenger-to-Cargo (P2C) itu menggunakan pesawat Airbus 330-300.

Sebaik mendarat, pemindahan vaksin yang ditempatkan dalam peranti muatan unit (ULD) dari bahagian kargo pesawat ke trak milik syarikat logistik, DHL Express di kawasan Advanced Cargo Centre (ACC), KLIA.

 

sumber :hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *