Artis

Kareena Kapoor Timang Anak Kedua.

 

Pelakon terkenal Bollywood, Kareena Kapoor Khan telah selamat melahirkan bayi keduanya pada 21 Februari 2021.

Kareena atau nama manjanya Bebo, sekali lagi telah dikurniakan bayi lelaki.

Sebelum ini Kareena dan suaminya Saif Ali Khan telah dikurniakan anak lelaki yang comel dan popular iaitu Taimur Ali Khan.

Taimur menerima populariti yang luar biasa di Bollywood sehinggakan wajahnya dijadikan sebagai anak patung untuk dijual.

Ini adalah anak keempat buat Saif Ali Khan kerana sebelum ini dia mempunyai dua orang bersama bekas isteri iaitu Amrita Singh.


Anak sulung Saif iaitu Sara Ali Khan kini merupakan antara bintang pelapis terkenal Bollywood.

Sumber : The Times Of India

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *