COVID-19

Wajib ke Ambil V4ksin Covid-19? Ini Jawapan Menteri..

Kerajaan belum merancang untuk mewajibkan v4ksin Covid-19 pada fasa kedua dan ketiga Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan sekiranya kadar pengambilan adalah rendah.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, setakat ini kerajaan masih mengekalkan pendiriannya, iaitu pengambilan v4ksinasi Covid-19 adalah secara sukarela.

“Kita tengoklah nanti kalau sekiranya tak ramai, kita akan pertimbang polisi lain,” katanya ketika sidang media selepas ketibaan kumpulan pertama v4ksin Pfizer-BioNTech di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini.

Meksipun jumlahnya tidak diketahui, difahamkan ramai pengikut 4ntiv4ksin dan individu yang skeptikal terhadap program imunisasi.

Program imunisasi dibahagikan kepada tiga fasa dengan fasa pertama dijadualkan pada 24 Feb hingga April untuk petugas barisan hadapan kesihatan dan bukan kesihatan.

Fasa kedua dijadualkan bermula April hingga Ogos bagi warga emas berumur 60 tahun ke atas dan kumpulan rentan dengan masalah morbiditi serta golongan Orang Kurang Upaya (OKU).

Fasa ketiga pula melibatkan golongan dewasa berusia 18 tahun ke atas, bermula dari Mei hingga Februari tahun depan.

Sementara itu, Khairy turut mengulangi bahawa kabinet bersetuju mewujudkan skim bagi melindung penerima v4ksin Covid-19 sekiranya mereka mengalami kesan sampingan yang serius.

“Untuk perlindungan kepada mereka yang ada kesan sampingan serius, jemaah menteri telah putuskan pada mesyuarat khas minggu lalu bahawa kita akan wujudkan satu skim.

 

“Skim ini adalah untuk memberi perlindungan dan bayaran ex-gratia (ganti rugi) kepada sesiapa yang ada kesan sampingan yang serius, yang dapat dikaitkan secara langsung dengan pemberian v4ksin,” katanya.

Singapura yang memulakan program imunisasi percuma itu awal tahun ini,  mengumumkan skim sama – Vaccine Injury Financial Assistance – yang menyasarkan rakyat yang mengalami kesan sampingan serius selepas div4ksin.

Program tersebut merangkumi pembayaran sekali sebanyak S$10,000 jika seseorang itu dimasukkan ke hospital dalam unit rawatan rapi selepas v4ksinasi.

Ia juga termasuk pembayaran sekali sebanyak S$225,000 sekiranya seseorang individu itu meninggal dunia atau mengalami kecacatan kekal selepas v4ksinasi.

Pada 19 Feb, Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat (AS) berkata, dua v4ksin Covid-19 yang diiktiraf negara tersebut dijamin selamat dengan tiada isu kesihatan baru didapati pada bulan pertama program imunisasi terbabit.

Setelah pemberian 13.8 juta dos v4ksin Pfizer / BioNTech dan Moderna Inc kepada penduduk AS, kebanyakan laporan menunjukkan kesan sampingan yang tidak serius, seperti sakit kepala dan keletihan.

Tiada kematian disebabkan oleh v4ksin berkenaan, lapor Reuters.

Dilaporkan juga, CDC telah mengumpulkan data tersebut pada 14 Disember 2020 hingga 13 Januari 2021 dari sistem pengawasan dan pemantauan keselamatannya bagi meneliti kesan buruk akibat v4ksin Covid-19.

Bulan lalu, Persatuan Pengguna Islam Malaysia menyatakan kebimbangan mereka terhadap keselamatan v4ksin tersebut, yang kemudian dijelaskan pengasas NGO bagi v4ksin dan pendidikan imunisasi, Immunise4Life, Dr Musa Nordin.

 

sumber:MK

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *