COVID-19

“Padanlah Dr Roland kritik v4ksin Pfizer, rupanya doktor percaya teori konspirasi.”- Hujah Doktor Ini Buat Antiv4ksin Terdiam.

 

ULASAN | Saya merujuk video bertajuk berkenaan v4ksin Covid-19 oleh Dr Roland Victor. Jelas bahawa sikap Dr Roland amat negatif terhadap v4ksin Pfizer-BioNTech dan hanya fokus kepada kesan sampingan v4ksin ini, tanpa memberi penjelasan menyeluruh.

Ini sama seperti tindakan empat NGO sebelum ini yang meremehkan v4ksin mRNA dalam kenyataan media mereka bulan lalu.

Saya akan berusaha untuk memberi gambaran yang lebih menyeluruh dan menjawab secara khusus perihal kesan sampingan v4ksin mRNA.

Dr Roland dan peminatnya harus maklum bahawa kedua-dua v4ksin mRNA, iaitu Pfizer dan Moderna, mempunyai kadar berkesan 95 peratus. Sila beritahu saya jika ada v4ksin lain yang kadar keberkesanannya (vaccine efficacy, VE) lebih tinggi daripada Pfizer.

Jika salah satu daripada NGO, Covid Research Centre memilih ubat ubat Ivermectin yang banyak digunakan untuk bunuh parasit dalam binatang, Dr Roland pilih ubat apa pula?

Pfizer dan Moderna telah menerbitkan keputusan ujian fasa ketiga mereka dalam New England Journal of Medicine (NEJM), iaitu jurnal perubatan yang tersohor di dunia.

Apa pilihan v4ksin Dr Roland? Diharap boleh kongsi pautan jurnal supaya boleh dikaji keberkesanan dan keselamatannya.

Kajian Pfizer dan Moderna menggunakan 73,000 subjek. Ini penting untuk memastikan kajian yang dibuat memberi rumusan tepat. Berapa subjek dalam ujian v4ksin pilihan Dr Roland? Atau berapa subjek dalam kajian ubat-ubat yang digunakan Dr Roland dalam rawatannya seharian?

 

Pfizer and Moderna telah pun digunakan sebanyak 140 juta dos di lebih 60 buah negara. Berapa dos v4ksin pilihan doktor yang telah digunakan? Atau memang doktor tak percaya kepada v4ksin, tetapi tak nak kata secara terus terang?

Semua penerbitan ini dan nombor kes dan dos yang digunakan penting agar kita dapat mengesahkan sama ada kenyataan yang dibuat oleh pembuat v4ksin itu benar atau tidak.

Masalah Dr Roland ialah dia banyak mengutuk v4ksin Pfizer tetapi tidak memberi pilihan atau penyelesaian kepada masalah Covid-19. Dia harus bersikap “menjadi sebahagian daripada penyelesaian, bukan sebahagian daripada masalah”. Nampaknya doktor lebih menjadi antara masalah.

Anak saya yang aktif di media sosial memberitahu bahawa Dr Roland tidak percaya bahawa pandemik ini sebagai suatu kebenaran. Malah doktor menyatakan bahawa “this pandemic is the greatest hoax of human history” (pandemik ini pembohongan yang paling besar dalam sejarah kemanusiaan).

Padanlah Dr Roland begitu mengkritik v4ksin Pfizer. Rupa-rupanya doktor antara yang percaya kepada teori konspirasi. Mungkin dia pengikut Judy Mikovits, yang siri video “plandemik” yang berasaskan teori kospirasi dan mempromosikan matlumat palsu dan fahaman antiv4ksin.

Taktik cetuskan ketakutan

Walaupun saya tak setuju dengan doktor, tetapi saya harus hormati pandangannya. Itu hak dia. Seperti kata-kata Oscar Wilde:

I may not agree with you, but I will defend to the death your right to make an ass of yourself.

Tetapi apabila doktor menggunakan media sosial untuk mempengaruhi pendengarnya, maka saya harus membetulkan dakwaan yang dilemparkannya dengan semborono. Saya agak kecewa apabila ada doktor lain yang termakan dengan kata-katanya. Bukankah doktor-doktor dilatih dengan seni perubatan berasaskan bukti? Anda harus kenal apa itu fakta, apa itu auta.

Sebelum ini saya telah pun memberi fakta mengenai keberkesanan v4ksin Pfizer. Anda boleh semak fakta dengan merujuk kepada kajian yang telah diterbitkan dalam peer-reviewed jurnal yang saya lampirkan.

Kajian yang paling mutakhir menunjukkan bahawa v4ksin Pfizer bukan sekadar mencegah 95 peratus daripada jangkitan Covid-19, tetapi ia juga mencegah penularan virus dengan kadar 75 peratus (kajian Pusat Perubatan Sheba) dan 89 peratus (kajian Kementerian Kesihatan Israel).

Kenapa doktor sembunyikan semua penemuan ini? Ini memang salah satu taktik golongan 4ntivvksin. Atau mungkin juga dia tidak membaca jurnal mutakhir perubatan tetapi hanya mencedok daripada laman-laman 4ntivvksin yang sedia ada.

Sekarang kita fokus kepada kesan sampingan, atau Adverse Effects Following Immunisation (AEFI), yang doktor baca daripada prescription drug label v4ksin Pfizer. Panjang lebar dia baca untuk menakutkan penonton videonya. Ini satu lagi taktik jijik kumpulan 4ntiv4ksin, iaitu fear mongering.

Ia sikap yang bukan saja tidak objektif, malah tidak bertanggungjawab.

Sudah pasti Pfizer menyenaraikan semua AEFI yang mungkin berlaku. Ini adalah ketelusan matlumat, tidak menyembunyikan matlumat seperti kalangan antiv4ksin.

Seperti dalam isu jururawat yang pengsan setelah mengambil v4ksin Pfizer. Ada yang mendakwa v4ksin telah membunuh jururawat itu, sedangkan dia masih hidup dan hanya mengalami “vasovagal response”.

Saya boleh nyatakan AEFI ini dengan lebih teliti dan tepat.

AEFI di tempat suntikan bukan perkara luar biasa. Sakit, kemer4han dan bengk4k di tempat suntikan adalah biasa. Ia berlaku selepas suntikan dan selalu hilang dalam masa satu hingga dua hari sahaja.

Sumber: Dr Musa Nordin / MK

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *