COVID-19

PM Cerita Apa Yang Di Rasa Selepas Terima Suntikan Dos Pertama Vaksin Semalam

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin hari ini berkongsi pengalamannya selepas menerima dos pertama vaksin Covid-19 jenis Pfizer BioNTech semalam.

“Alhamdulillah saya berasa sihat. Tak ada demam, tak ada rasa luar biasa. Makan macam biasa, selera pun macam biasa,” katanya dalam satu video yang dimuat naik di Facebooknya hari ini.

Beliau turut memaklumkan telah mendapat notifikasi bagi tarikh pengambilan dos kedua, iaitu pada 17 Mac melalui aplikasi MySejahtera.

Semalam Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin, menerima suntikan vaksin COVID-19, Pfizer-BioNTech, sekali gus menjadi rakyat pertama negara ini yang berbuat demikian.

Penerimaan suntikan pertama bagi Malaysia itu disiarkan secara langsung menerusi pelbagai platform media termasuk di media sosial, bagi membolehkan rakyat mendapat gambaran sebenar dan menyeluruh Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang bermula secara rasmi hari ini.

 

sumber :kini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *