Kereta Enggan Berhenti Ketika Di Tahan Polis, Rempuh Dua Biji Kereta Di Depan Buat Netizen Geram.

Hari ini, tular satu rakaman video di laman sosial memaparkan sebuah kereta Proton Waja merempuh kenderaan lain di hadapan dan belakangnya dalam percubaan meloloskan diri dari ditahan pihak polis.

Memetik makluman awal yang dikongsi oleh laman Facebook Info Roadblock JPJ/Polis, kereta terbabit enggan berhenti untuk pemeriksaan apabila diarahkan oleh anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Selepas gagal untuk mencelah di antara dua kenderaan di hadapannya, suspek kemudian mengundurkan kereta ke belakang dan melanggar kereta lain. Jadi, pihak polis terpaksa melepaskan tembakan ke arah tayar kenderaan suspek.

Bagaimanapun selepas beberapa kali merempuh dua kenderaan di hadapannya, suspek akhirnya berjaya memecut kenderaannya.

 

Difahamkan lagi, kejadian berkenaan berlaku di atas ‘flyover’ dari Tol Sungai Buloh/Sieramas menghala ke Sri Damansara/Kepong.

Kejadian yang dipercayai berlaku antara jam 12.50 tengah hari hingga jam 1 tengah hari tadi dirakam oleh pengguna jalan raya lain yang turut berada di persimpangan lampu isyarat berkenaan.

Rosakkan kenderaan dan bahayakan nyawa orang

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan kemarahan dan mengecam perbuatan pemandu kereta Waja terbabit yang disifatkan tidak wajar.

Rempuh lori memang barai kereta

Memetik laporan Berita Harian, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal, mengesahkan kejadian itu berlaku di bawah bidang kuasa Balai Polis Sri Damansara, di bawah pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, namun anggota polis yang mengejar suspek dari IPD Gombak.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe, berkata pihaknya akan mengeluarkan kenyataan berhubung kejadian yang tular itu dalam masa terdekat.

Sumber: Berita Harian (Safeek Affendy Razali) Facebook Info Roadblock JPJ/Polis

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*