Artis

“P0lis N 3, one to jaga… Sila sambung uols”- Sajat Sindir JAIS

Kuala Lumpur: “P0lis N 3, one to jaga… Sila sambung uols (kamu semua).”

Demikian hantaran berbaur sindiran yang dimuat naik di Instagram milik usahawan kosmetik, Nur Sajat dipercayai ditujukan kepada penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sedang mengesannya.

Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman, 36, turut dilihat memuat naik gambar wajahnya yang dikelilingi pistol dan membuat hantaran kononnya ia drama bersiri baru.

Menerusi hantaran itu, dia menerima pelbagai kecaman dan kritikan daripada netizen yang memberitahunya sedang diburu anggota JAIS.

Sementara itu, jurucakap JAIS mengesahkan pihaknya belum menahan usahawan kosmetik terbabit.

Menurutnya, setakat petang ini JAIS masih mengesan Sajat yang disyaki ‘bersembunyi’ bagi mengelak ditahan.

Sajat dikenakan waran tangkap tanpa jaminan selepas gagal hadir ke mahkamah pada sebutan semula kesnya, Selasa lalu.

Waran tangkap itu dikeluarkan Hakim Syarie Mohammad Khalid Shaee@Shaii.

Pada 6 Januari lalu, dia mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Syarie Mohamad Khalid SHaee @ Shaii.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu dalam majlis bacaan Yasin dan solat hajat, pada 7.30 malam, 23 Februari 2018 di premis kecantikannya, Nursajat Beauticion, Jalan Serai Wangi G16/G, Seksyen 16, Shah Alam.

Bagi perbuatan itu tertuduh didakwa mengikut S3ksyen 10(a) Enakmen Jen4yah Syariah (Negeri Selangor) 1995 yang memperuntukkan hukuman tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kes4lahan.

sumber : hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *