COVID-19

“Saya tak akan ambil vaccine Pfizer… ” – Khairy Jamaludin

“Jadi saya dah buat keputusan semalam, saya akan ambil vaksin yang akan diluluskan seterusnya.

“Apa saja vaksin yang akan diluluskan seterusnya saya orang pertama ambil. Kalau Sinovac, Sinovac, kalau dari Rusia, Rusia, kalau Asrtrazeneca, Astrazeneca. Saya tak akan ambil vaccine Pfizer.

“Bukan sebab Pfizer tak bagus, Pfizer selamat dan terbukti, tapi biarlah ada juga daripada barisan beri contoh ambil vaksin (lain) yang akan datang,” katanya pada sidang media di MASKargo setelah negara menerima kumpulan pertama Sinovac 200 liter hari ini.

Khairy berkata bahawa dia melihat sesetengah pihak masih ragu-ragu terhadap vaksin tertentu dan berharap mereka diberi pilihan untuk memilih vaksin.

Malaysiakini

Dia bagaimanapun mengatakan kerajaan tidak akan memberikan pilihan seumpama itu kerana ia akan menyukarkan sistem logistik.

“Kita melihat ada yang masih ragu-ragu dengan vaksin tertentu. Ada yang sangat menginginkan vaksin Pfizer atau Sinovac ….”

“Pada masa ini, pendirian kerajaan adalah (rakyat perlu) mengambil apa sahaja yang telah diluluskan. Vaksin itu selamat dan berkesan,” katanya.

NPRA telah memberikan pendaftaran bersyarat untuk vaksin Covid-19 yang dibangunkan oleh Pfizer bulan lalu serta telah menerima permohonan untuk mendaftarkan Sinovac, Astrazeneca dan Sputnik.

NPRA belum meluluskan pendaftaran yang berkaitan dengan Sinovac walaupun negara sudah menerima 200 liter Sinovac pukal bersamaan dengan 300,000 dos hari ini.

Pada sidang media hari ini, Khairy menjelaskan bahawa apabila bekalan lebih besar vaksin Sivovac tiba, maka kelulusan NPRA akan melibatkan dua proses – vaksin Sinovac dan pengilangan oleh Pharmaniaga di kilang di Puchong.

Katanya, proses pengilangan vaksin Sinovac hanya dapat dilakukan setelah mendapat persetujuan dari NPRA.

SUMBER : MK

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *