“Bertuah aku dapat suami macam ni..”- Zarina Anjoulie Akui Sudah Rujuk Bekas Suami, Kongsi Video Sweet.

Seperti yang kita sedia maklum, sebelum ini, pelakon Zarina Anjoulie mendedahkan bahawa dia dan suaminya, Eilyas Azhar telah pun bercerai. Dia mengakui keputusan untuk berpisah merupakan jalan yang terbaik kerana dia mahu fokus kepada kerjaya, anak dan keluarganya.

Terbaru, Zarina Anjoulie menerusi akaun Instagram miliknya ada memuat naik beberapa foto dirinya bersama jambangan bunga seperti sedang dilamun ‘cinta’.

Terima jambangan bunga

Dalam perkongsian tersebut, Zarina Anjoulie telah menerima jambangan bunga daripada seseorang yang dipercayai adalah bekas suaminya, Eilyas Azhar. Malah, nota yang ditinggalkan dalam kad tersebut juga sangat romantis. Bukan itu sahaja, pelakon ini telah menulis kapysen seakan memberi bayangan dia kini sedang berbahagia.

Sementara itu, dalam satu posting lain, Zarina mengakui sudah rujuk kembali bersama bekas suaminya. Malah, dia sempat meminta para wanita di luar sana supaya tidak mengganggu suaminya dan berhenti menghantar pesanan mesej kepada Eilyas di Instagram. Walaupun begitu, posting tersebut telah dipadam oleh Zarina.

‘Aku dah rujuk’

Sweet!

Sumber: Zarina Anjoulie / ohbulan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*