“Bila melihat Afiq, kaki saya lemah seolah-olah saya sedang kaku dimandikan..”- Penderma Hati

Kuala Lumpur: Penerima hati pertama negara, Mohd Afiq Ikmal, 23, yang meninggal dunia hari ini, sempat membuat 35 tempahan khas cenderahati sebagai menghargai pengorbanan jururawat dan doktor Hospital Selayang yang merawatnya di wad selama ini.

Menurut penderma hatinya, Wan Mohd Hafizam Wan Ismail, 45, Mohd Afiq Ikmal membuat tempahan khas berkenaan menerus khidmat perancang kejutan dalam talian, pada Disember lalu.

“Saya dihubungi seorang individu menerusi mesej peribadi (DM) Instagram ketika berkongsi keadaan Afiq yang masih tidak sedarkan diri sebelum ini.

“Individu itu mendedahkan bersama bukti perbualan mesej dan resit pembayaran dibuat Afiq yang membuat tempahan khas 35 cenderahati untuk petugas yang menjaganya di wad selama dia menerima rawatan di hospital.

“Apa yang membuat saya tersentuh hati, Afiq seolah-olah tahu dia akan pergi apabila membuat permintaan supaya bungkusan cenderahati itu diserahkan kepada jururawat dan doktor pada bulan ini,” katanya kepada Harian Metro.

Katanya, dia berkesempatan menziarahi jenazah Mohd Afiq Ikmal, di Hospital Selayang selepas khabar duka itu disampaikan bapa pemuda itu, Muhamad Zaini Rahim,50, subuh tadi.

“Saya tergamam dan tidak keruan selepas mendapat panggilan daripada bapanya selepas solat Subuh tadi, sebelum bergegas ke hospital.

“Tidak seperti kebiasaannya ketika menguruskan jenazah lain, apabila melihat Afiq, kaki saya jadi lemah dan tidak kuat menghadapi situasi itu seolah-olah saya yang sedang kaku dimandikan.

“Namun, hati saya sejuk apabila tengok wajah dan kulit Afiq berseri-seri dan suci bersih,” katanya.

Katanya, sebagai penghormatan terakhir dia turut mengiringi jenazah Mohd Afiq Ikmal yang bakal dikebumikan di kampung halaman bapanya, di Kampung Masjid, Tikam Batu, Sungai Petani, Kedah, selepas Asar petang ini.

“Walaupun tiada pertalian darah dengannya saya turut merasai kesedihan yang dialami keluarganya sampaikan mengalir air mata kerana saya sedar sebahagian hati saya dibawa pergi bersamanya.

“Namun, saya reda malah bersyukur Allah memberi peluang meminjamkan hati saya selama 22 tahun kepada Afiq,” katanya.

Sebelum ini, Mohd Afiq Ikmal dilaporkan kritikal akibat mengalami komplikasi hati selepas tidak sedarkan diri, 13 Februari lalu.

VIDEO] Mohd Afiq mula beri tindak balas · MYKMU.NET

Mohd Afiq Ikmal  ketika di rawat

 

Sungai Petani: Jenazah Mohd Afiq Ikmal Muhammad Zaini, 23, penerima hati pertama di negara ini selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Barokah, Kampung Masjid Tikam Batu, jam 6 petang tadi.

Terdahulu, jenazah disembahyangkan di masjid berkenaan dengan dihadiri lebih 50 orang termasuk jemaah masjid, ahli keluarga dan sahabat handai.

WAN MOHD HAFIZAM ketika pengkebumian Mohd Afiq di Tanah Perkuburan Islam Masjid Barokah. FOTO AMRAN HAMID

Turut mengiringi jenazah, penderma hati Wan Mohd Hafizam Wan Ismail, 45.

Mohd Afiq Ikmal meninggal dunia hari ini selepas 18 hari menjalani rawatan di Hospital Selayang, Selangor sejak 13 Februari lalu akibat komplikasi hati.

Allahyarham Mohd Afiq Ikmal mencatat sejarah negara apabila menjadi penerima hati pertama di Malaysia pada 1999 daripada Wan Mohd Hafizam.

Wan Mohd Hafizam yang tidak mempunyai sebarang pertalian darah dengan Mohd Afiq Ikmal membuat keputusan itu atas dasar kemanusiaan dan mahu membantu pemuda itu yang mengalami masalah hati bengkak ketika berusia 14 bulan.

Keberanian Pegawai Bersekutu Angkatan Pertahanan Awam (APM) yang menjadi penderma hati pertama Malaysia itu sekali gus membuka mata dan kesedaran kepada rakyat Malaysia tentang kepentingan pendermaan organ.

sumber : hmetro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*