Tempatan

Orang Selangor Boleh Ke Masuk KL Atau Putrajaya? Ini Jawapan Menteri

PETALING JAYA – Pergerakan dari Selangor atau Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ke Wilayah Persekutuan Putrajaya masih tidak dibenarkan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri berkata, larangan itu dibuat kerana Wilayah Persekutuan Putrajaya kini berstatus Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

“Seperti yang dilaksanakan sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) 1.0, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya adalah dianggap satu zon.

“Bagaimanapun, pergerakan dari Selangor dan Kuala Lumpur yang berstatus PKPB ke Putrajaya kini masih tidak dibenarkan bagi melindungi Putrajaya dari penularan Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jelasnya, pergerakan dari Selangor atau Kuala Lumpur ke Putrajaya masih memerlukan kebenaran polis kecuali bagi mereka yang bekerja dan mempunyai surat majikan.

Sementara pergerakan rentas antara Selangor ke Kuala Lumpur adalah dibenarkan. – K! ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *