Artis

“Katik..hari tu kau kata apa padan muka kena tinggal dengan jantan”- Zarina Anjoulie

Umum mengetahui, pelakon Zarina Anjoulie sudah rujuk semula dengan bekas suaminya iaitu Eilyas Azhar. Di Instagram, Zarina Anjoulie turut berkongsi sebuah video di mana mereka telah hadir di Kompleks Mahkamah Syariah Negeri Sembilan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zarina Anjoulie (@anjoulielavocah1)


 

 

Alhamdullilah selesai buat hari ini. Terima kasih la banyak-banyak netizen yang sentiasa Dm Anju dan Yas memberi moral support dan sentiasa mendoakan kami berdua. Allah sahaja yang boleh membalas jasa-jasa uoaalllls. I love you guys.

Menerusi rakaman video tersebut, Anju dan suaminya kelihatan hadir di Mahkamah Syariah Negeri Sembilan bagi menyelesaikan urusan rujuk. Anju turut kelihatan gembira kerana dia dan suami sudah kembali bersama. Namun begitu, netizen terhibur dengan ‘gelagat’ Anju di akhir video berkenaan. Ini kerana, Anju menunjukkan satu tin air kacip fatimah yang dipercayai bakal diminum olehnya semasa hadir di Kompleks Mahkamah tersebut.

Sementara itu, Anju juga sempat meninggalkan pesanan buat seorang individu yang didakwa mempunyai perasaan dengki terhadapnya.

Katik sebenarnya aku nak cerita dekat kau, hari tu kau punyalah buat karangan panjang lebar kata apa padan muka kena tinggal jantan . Macam itukan? Sekarang ni ambil kau. Alhamdulillah, berkat doa semua orang, berkat doa mak bapa aku, berkat doa aku, aku dan Yas dah balik semula.

Sekarang tak ada orang nak dekat kau. Faham. Kau tu dah 34 tahun. Tak ada yang nak kahwin dengan kau. Padan muka dengki lagi dengan orang. Spedo la kau jantan sampai mati.

Jelas Anju, individu tersebut antara orang yang gembira apabila hubungannya bersama bekas suami berakhir tempoh hari. Namun, siapa sangka berkat doa semua pihak Anju dan Yas kembali bersama.

Sumber: Zarina Anjoulie

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *