Artis

Engku Emran Di Katakan Bercinta Dengan Noor Nabila, Selalu Ada Di Rumah Dan Buat Aktiviti Basikal Sama-Sama.

Tiada angin, tiada ribut tiba-tiba sahaja nama Noor Nabila kakak kepada selebriti terkenal, Neelofa menjadi perhatian netizen selepas ada ura-ura mengatakan bahawa dia sedang bercinta dengan Engku Emran.

Spekulasi atau betul2?

Hal ini menjadi bualan di laman sosial terutamanya di Twitter dan laman Forum Cari selepas ada beberapa gambar dan video memperlihatkan mereka berada di satu lokasi yang sama.

Engku Emran yang juga bekas suami kepada Laudya Cynthia Bella iaitu artis terkenal Indonesia itu turut dilihat berada di kediaman Nabila dalam beberapa majlis keluarga.

Kayuh basikal bersama?

Mereka juga dilihat berkayuh basikal bersama-sama memandangkan keduanya menggemari aktiviti sukan tersebut.

Selalu nampak ada bersama

Ramai yang telah membuat spekulasi berkenaan hubungan mereka dengan menulisnya di Twitter setelah melihat kebersamaan mereka yang semakin akrab sejak kebelakangan ini

Betul ke ni?

Belum ada sebrang penjelasan

Walau bagaimanapun, kesahihan perkara tersebut tidak dapat dipastikan kerana masing-masing tidak memberikan apa-apa penjelasan lagi berkenaan spekulasi tersebut.

Untuk makluman, Engku Emran pernah bernikah dengan bekas ratu cantik Malaysia, Erra Fazira dan dikurniakan seorang anak, Engku Aleesya sebelum mereka bercerai pada 2014 sebelum berkahwin dengan Laudya Chynthia bella pada 2018 namun berpisah dua tahun selepas itu.

Manakala, Noor Nabila juga merupakan ibu tunggal selepas berpisah dengan pelakon Sharnaaz Ahmad setelah dikurniakan seorang anak, Jebat Jaydeen berusia 2 tahun.

Biodata Noor Nabila, Kakak Pelakon Neelofa

Noor Nabila Mohd Noor atau nama popularnya, Noor Nabila merupakan seorang usahawan wanita yang memegang peranan sebagai Pengarah Urusan syarikat pengeluar tudung jenama Naelofar, NH Prima International Sdn Bhd.

Adik-beradiknya termasuk, pelakon dan pengacara Neelofa, Ameera Khan (instafamous) dan Athisha Khan (instafamous).

Biodata

  • Nama sebenarnya, Noor Nabila Mohd Noor. Lebih dikenali dengan nama komersial, Noor Nabila atau Nabila.
  • Lahir pada 4 September 1984 dan kini berumur 36 tahun.
  • Berasal dari Pasir Mas, Kelantan.
  • Merupakan anak kedua daripada sembilan orang adik-beradik.
  • Memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan NH Prima International Sdn Bhd iaitu sebuah syarikat yang diusahakannya bersama keluarga.
  • Berkahwin dengan pelakon Sharnaaz Ahmad pada 31 Mac 2017, namun sudah bercer4i
  • Terlebih dahulu, Nabila bernikah pada Julai 2013 dan perkahwinan pertamanya itu juga tidak bertahan lama sebelum mengambil keputusan untuk berpisah pada 2014.
  • Laman sosial Instagramnya yang didaftarkan atas nama @noornabila sehingga kini mencatatkan lebih 982,000 pengikut.

Fakta Menarik

  • Anak kepada pasangan Mohd Noor (bapa) dan Datin Noor Kartini Noor Mohamed (ibu).
  • Berketurunan Melayu daripada sebelah bapanya, selain berdarah Pakistan dan Arab yang diwarisi daripada ibunya.
  • Anak tiri kepada Dato’ Abdul Halim Khan Lall Khan.
  • Kakak kepada pelakon, pengacara dan usahawan ternama, Neelofa.
  • Mempunyai lima orang adik-beradik berlainan bapa.

noor nabila mohd noor

Ucapan hari jadi Engku Emran untuk Erra Fazira

Bekas suami kepada penyanyi dan pelakon popular Erra Fazira iaitu Engku Emran Engku Zainal Abidin menitipkan ucapan ulang tahun kelahiran buat Erra yang ke-47.

Engku Emran mendoakan semoga ibu kepada puteri tunggal mereka, Engku Aleesya sentiasa berada dalam rahmat Allah.

“Sayang ayah Aleesya. Hari ini adalah ulang tahun kelahiran ibu anda. Wanita yang paling penting dalam hidup anda. Moga Allah swt sentiasa merahmatinya di tingkat syurga tertinggi. Ameen Ya Rabb,” tulisnya di Instagram Story.

Ucapan hari jadi dari Engku Emran untuk Erra Fazira.

Engku Emran berkahwin dengan Erra pada 25 Oktober 2007 dan bercerai pada 18 Februari 2014. Pasangan itu dikurniakan anak perempuan Engku Aleesya yang kini berusia 11 tahun.

Dalam pada itu, ulang tahun kelahiran Erra turut menyaksikan ucapan penuh bermakna daripada sahabat baiknya, Datin Seri Umie Aida.

Walaupun persahabatan mereka pernah diuji dua tahun lalu, namun hubungan keruh itu dilihat semakin baik. “Selamat hari jadi Erra. Saya doakan semoga anda sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah swt serta umur yang diberkati,” tulisnya.

Sumber: Twitter, Forum Cari

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *