‘Leave Sajat Alone’ – Di Ugut Bunoh Kerana Murtad, Alicia Amin Pertahan Sajat.

Terdahulu, usahawan kosmetik terkenal iaitu Muhammad Sajjat atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat telah didakwa mencetuskan provokasi dengan berniat ingin keluar dari agama Islam. Kenyataan itu dipercayai dinyatakan sendiri olehnya dengan berkongsikan sebuah video di media sosial.

 

Terbaru, model terkenal iaitu Alicia Amin berkongsikan ‘quote’ dari pengguna Twitter yang lain mengenai isu Nur Sajat dikecam ramai susulan kenyataannya itu.

Kongsi status di IG Story

Alicia Amin berkongsikan satu ‘quote’ petikan dari pengguna Twitter dan dimuat naik melalui IG Story. Secara umumnya, petikan status berkenaan dipercayai bercakap mengenai kecaman netizen terhadap usahawan kosmetik tersebut. Malah, sehinggakan netizen didakwa berniat untuk ‘membun0h’ Sajat. Pengguna Twitter tersebut turut mempersoalkan mengenai ketenteraman yang dipraktiskan dalam agama.

#protectsajat

Susulan itu, Alicia Amin menerima satu mesej dari pengikutnya yang dipercayai menerangkan mengenai hukuman bun0h terhadap individu yang murtad. Model terkenal itu didakwa tidak bersetuju dengan pendapat berkenaan sehingga melibatkan hukuman bun0h terhadap mana-mana individu. Di samping itu, Alicia turut bersuara untuk melindungi Sajat dan dilihat cuba menyokong usahawan tersebut dengan disertakan #protectsajat dan #sajatdeservesbetter.

Bukan itu saja, Alicia dilihat bertegas dengan sokongannya terhadap Nur Sajat dan menyokong hak kemanusiaan dalam setiap agama. Dia turut tidak bersetuju sekiranya dilaksana hukuman bun0h atau ancaman terhadap seseorang demi mengikut serta mangamalkan agama.

Sumber: Alicia Amin

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*