Tempatan

Pemandu Treler Langgar Jejambat Rupanya Posit1f Dad4h

Kuala Lumpur: Pemandu treler yang melanggar jejambat dalam pembinaan di Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) berhampiran Desa Tun Razak, semalam, didapati positif dadh.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya, berkata, susp3k berusia 40 tahun didapati posit1f methamphet4mine selepas ujian s4ringan air kenc1ng di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Daerah Dang Wangi.

2 maut, struktur jejambat di Lebuhraya Sungai Besi-Ulu Kelang runtuh | Free Malaysia Today (FMT)

Menurutnya, pada kejadian itu, pemandu van kilang, Muhd Fairus Mohd Yusof, 47, mengalami pat4h tulang bahu sebelah kiri, bengk4k pada p4ru-p4ru dan berlaku pend4rahan d4laman.

“Dua lagi penumpang van Zaitun Zainal, 54, cedera kaki sebelah kiri, manakala Zakiyyah Yakop, 51, cedera betis kiri.

“Mangsa yang meninggal dunia adalah Nurina Edwin Abdullah, 47, dan Norhayati Abdullah,42,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zulkefly berkata, siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila treler itu yang melalui Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2).

Sebaik tiba di lokasi, ia melanggar kerangka besi pada pembinaan di jejantas pejalan kaki dan menyebabkan rusuk keluli bersama dengan perancah besi terjatuh di dua-dua laluan MRR2.

Ia kemudian menghempap van kilang yang bergerak dari laluan Ampang menghala ke Terminal Bandar Tasik Selatan (TBS).

“Semasa kejadian, van itu dalam perjalanan ke tempat kerja di kilang Sensata Technologies, USJ 1.

“Pemandu treler itu ditah4n dan akan direm4n mengikut Seksy3n 15(1) Akta Dad3h Berbahaya 1952,” katanya.

Harian Metro semalam melaporkan dua wanita pekerja kilang maut selepas jejambat dalam pembinaan di SUKE runtuh dan menimpa van pekerja dinaiki mereka, ketika melalui MRR2, pada 5.58 petang.

Dua lagi rakan mereka bersama seorang lelaki yang juga pemandu van itu dilaporkan terselamat dan mengalami kecederaan.

 

sumber : hmetro