
Di media sosial, tular satu video di mana berlakunya pergaduh4n di antara penunggang motosikal dan pemandu teksi. Menerusi video berdurasi dua minit itu, memaparkan mereka berdua ini bergaduh di tengah jalan sebelum dihalang oleh orang awam yang berada di tempat kejadian.
Kisahnya bermula, apabila pemandu teksi itu bertindak mengajukan ‘ste3ring lock‘ kepada penunggang motosikal itu sebelum ‘senjata’ itu dirampas. Difahamkan kejadian tersebut berlaku semalam di Damansara, Selangor. Pergaduh4n tersebut telah dirakam dan dikongsi di laman sosial.
Gara-gara tukar laluan
Foto: Tangkap layar video
Menurut sumber, pergaduhan tersebut dipercayai berpunca apabila pemandu teksi itu yang sesuka hati masuk ke laluan orang lain tanpa memberikan signal. Bukan itu sahaja, pemandu yang lain turut membunyikan hon, namun dia sama sekali tidak menghiraukan amaran tersebut.
Kes nak masuk dari lane paling kanan ke kiri. Pemandu teksi tu orang hon banyak kali buat taktau terus himpit. Berhenti dekat traffic light budak tu terus ketuk cermin teksi. Pemandu teksi tu tak puas hati turun bawak steering lock hayun dekat budak tu. Kena tangan budak tu tapi budak tu dapat rampas steering lock tu yang hayun balik dekat pemandu teksi itu.
Kini, kedua-dua mereka telah dibawa ke Hospital Selayang bagi mendapatkan rawatan selanjutnya. Bagaimanapun, seorang lelaki penghantar makanan terpaksa menanggung kesakitan berikutan cuba meleraikan pergaduhan tersebut. Hal ini demikian kerana ‘ste3ring lock’ yang dihayunkan terkena kakinya.
Pemandu teksi dan penunggang motosikal ditahan polis
Petaling Jaya: Polis menahan dua lelaki yang terbabit dalam pergaduh4n di Damansara di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 6.20 petang itu, lelaki yang juga pemandu teksi dipukul menggunakan besi pengunci st3reng miliknya.
Difahamkan, kejadian berpunca apabila seorang penunggang motosikal menegur pemandu teksi kerana menghimpitnya.
Berang ditegur, pemandu teksi itu mengeluarkan besi pengunci ster3ng untuk memukul penunggang terbabit.
Bagaimanapun penunggang itu merampas besi pengunci motosikal dan memukul lelaki berkenaan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal mengesahkan tangkapan.
“Kedua-dua individu terbabit ditahan untuk sias3tan lanjut.
Sumber: info roadblock JPJ/Polis
Leave a Reply