Tempatan

Dr Noorhisham Di Tegur Tak Pakai Mask , Jawapan Dr Buat Ramai Kagum

Setahun sudah dunia hidup dengan C0ViD. Dengan kehidupan norma baru dimana penjarakkan sosial, cucian tangan dan paling utama pelitup hidung dan mulut di pakai tiap masa adalah rutin semua orang.

Di dalam Malaysia dengan keadaan jumlah kes yang agak tinggi, rakyat telah hadap 2 kali PKP di mana pergerakkan amat terbatas.

Dalam bulan Mac ini sahaja baru kelonggaran diberikan tetapi untuk rentas negeri atau ke luar negara masih tidak dibenarkan melainkan dengan surat kebenaran.

DG Noor Hisham Ditegur Tidak Pakai Mask?

Kadang kadang kita ni teruja nak komen pada sesuatu gambar sehinggakan kita terlupa atau terlepas pandang maklumat penting seperti tarikh.

Gambar DG Noor Hisham di Facebook telah dikomen oleh seorang individu dimana DG Noor Hisham telah ditegur kerana tidak memakai pelitup hidung dan mulut ketika berada di Hospital dan ketika itu orang ramai.

Walaupun rupa DG Noor Hisham nampak sangat serius tapi jawapan beliau kepada individu ini sangat sempoi.

Rupanya gambar yang dikomen adalah diambil pada tahun 2018 dan waktu itu tiada seorang pun dalam dunia ini kenal dengan C0Vid19.

Rata rata netizen memuji cara DG Noor Hisham menjawab komen walaupun ramai yang berpendapat tidak perlu pun.

Ada netizen mengatakan individu tersebut terlalu cepat mencari salah orang sehingga tidak selidik atau siasat dahulu.

KOMEN NETIZEN:

“Rajinnya cari salah orang . Pdhl covid pun belum wujud tahun 2018”

“Bila hati nak cari kesalahan org lain sekali uturn plk kena diri sendiri hahaha”

Apa pun kita sangka baik munkin dia tak perasaan pada tarikh dan dia cuma niat untuk menegur DG Noor Hisham selaku Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia untuk pakai topeng muka.

Artikel : AwatttSyeikhh Network

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *