Selepas Ibu Hannah Delisha Luah Tidak Restu Perkahwinannya, Ibu Mertua Pula Beritahu Sesuatu.

 

Ibu mentua kepada Hannah Delisha iaitu Mariana Yati mendoakan agar perkahwinan dibina pelakon tersebut bersama anaknya, Imam Shah kekal hingga ke syurga.

Menerusi posting di laman Instagram, pelakon veteran Singapura tersebut menitipkan pesanan kepada pasangan merpati dua sejoli itu agar bersabar dalam menjalani kehidupan sebagai suami isteri.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mariana Yati (@mariana_yati)

“Semoga mahligai yang dibina sampai ke syurga. Doaku tidak akan putus menjadi penghalang segala musibah. Allah itu Al-‘Alim. Ingat itu Imam & Hannah, teruskan bersabar.
“Mummy sayang kamu berdua. Semoga Allah melindungimu anak-anakku,” tulisnya dengan memuat naik beberapa keping gambar majlis pernikahan.

Selain itu, beliau turut berkongsi gambar dirinya bersama anak dan menantunya beserta kapsyen yang agak menyentuh hati orang ramai.

“Syurga-Mu merestuimu, anakku..”

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mariana Yati (@mariana_yati)


Terdahulu, timbul dakwaan mengatakan perkahwinan tersebut tidak mendapat restu daripada ibu Hannah iaitu Noor Ashikin Ahmad.

Spekulasi bermula selepas Noor Ashikin berkongsi kata-kata puitis menerusi laman Instagram miliknya, @kakcikwujudku seolah-olah memberi bayangan mengenai percintaan pasangan berkenaan.

Sumber: Instagram Mariana Yati

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*