Artis

“Ibu Tidak Restu “- Tidak Sampai Sebulan Pernikahan Anaknya, Ibu Hannah Delisha Luah Sesuatu.

Belum cukup sebulan berkahwin, timbul pula dakwaan kurang enak mengenai pelakon jelita Hannah Delisha atau nama sebenarnya, Hannah Adlina Blackburne Birch dari seberang tambak.

Menurut laporan mStar Online, terdapat seorang pemanggil misteri yang mendedahkan bahawa perkahwinan Hannah dan suami tidak direstui ibunya.

Pihak mStar juga menemui laman Instagram ibu pelakon tersebut, Noor Ashikin Ahmad dimana posting terbaru memaparkan kata-kata puitis berkaitan perhubungan.

 

Berikutan antara cacatan luahan hati si ibu yang lebih dikenali sebagai Kakcik Wujud kerana menjadi ahli kru Wujud yang menghasilkan video realiti seram di Singapura.

Di suatu ketika dahulu kala;tercatat sebuah hikayat cerita.

Negara yang terletak;diufuk khalulistiwa- Antah Berantah nama tempatnya.

Disana,tinggal seorang ibu bersama seorang anak perempuanya.

Sang ibu pernah bernikah;dengan seorang muallaf dari bangsa yang asalnya, jauh di hujung benua.

Jodoh tiada berkekalan,bercerai mereka tidak lama kemudian.

Sang anak yang masih kecil,dibesarkan oleh ibunya.
Termampu daya,semampu karya-Sang ibu coba berusaha.

Tidak mudah,tidak sempurna-segala yang ada Sang ibu mencoba.

Peras keringat,berbanting tulang,Sang ibu berkorban apa sahaja.

Apabila dewasa;Sang anak bercinta.
Cinta yang datang dengan al kisahnya.

Terjadi suatu yang membelenggu,maka itu tiada restu.

Sang ibu membawa diri;fitnah dan tomah silih berganti.

Salah siapa bukan inti,salah sendiri menjadi paksi.
Allah
Senantiasa menyaksi.

Pernikahan dilaksanakan dalam rahsia,ditutupi pula dengan media.

Antah berantah tempatnya ia,
Dimana cerita disulam sutera.

Sutera cina bersalut emas.
Pujangga manik mengarang warkah.
Hikayat dikarang persoalan maruah.
Seperti arah mata panah.

Lempar batu sembunyi tangan.
Bukan permainan anak jantan.
Tulisan mahaguru sangat lucu.
Aib dibuka kuncu kuncu.

Jika menjual,tujuan kamu.
Akan diborong semuanya itu.
Jika malu menjadi taruhan.
Jangan lupa adanya Tuhan.

Selain itu, dia turut meletakkan tanda pagar #ibutidakrestu sekali gus menimbulkan pelbagai persoalan mengenai perkahwinan tersebut.

Menerusi laporan sama, Noor Ashikin bagaimanapun tidak mahu mengulas tentang luahan berkenaan sebaliknya meminta pihak media merujuk sahaja media sosial miliknya.

“Ya saya ibu kandungnya dan itu benar Instagram saya. Maaf saya tak mahu komen mengenai perkara itu, boleh rujuk di Instagram dan Facebook saya,” katanya.

Terdahulu, Hannah berkahwin dengan pelakon Singapura, Imam Shah pada 18 Februari lalu yang diadakan secara tertutup sebelum berkongsi gambar pernikahan di Instagram.

Sumber: mStar Online , Instagram Kakcik Wujud Ku

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *