Hamil Anak Luah Nikah 4 Kali, Isteri Kantoi Berzin4 Selepas Suami Buat Ujian DN4.

 

Berperanan sebagai rumah perlindungan bagi remaja hamil luar nikah, Baitus Solehah menerusi laman Facebook sering berkongsi kisah-kisah dan latar belakang anak jagaan mereka.

Terbaru, pihak Baitus Solehah mendedahkan kisah seorang wanita yang sudah berkahwin tergamak melakukan zin4 dengan lelaki lain sehingga hamil.

Keempat-empat anak tak sah taraf

Menerusi perkongsian Baitus Solehah di Facebook menceritakan pengalaman mereka sepanjang mengendalikan urusan pendaftaran bayi tidak sah taraf dan sebagainya. Mereka mengakui itu bukanlah sesuatu perkara yang mudah kerana banyak proses yang perlu dilakukan.

Bercerita dengan lebih lanjut, terdapat seorang wanita berusia 24 tahun yang sudah bernikah telah mendaftar masuk ke Baitus Solehah tetapi apabila ditanya mengenai kandungan, wanita terbabit dikatakan enggan bercakap jujur. Tetapi segalanya ‘terkantoi’ selepas pihak Baitus Solehah mendaftarkan kelahiran bayi berkenaan. Rupa-rupanya itu adalah anak keempat yang berstatus tidak sah taraf.

Ketika daftar masuk tidak jujur, tidak menyatakan kandungan anak keberapa. Sangkaan saya datang Baitus Solehah, merupakan kandungan kali pertama. Sekali bila daftar kelahiran, rupanya anak ke 4. Keempat anak pulak tidak sah taraf. Sedangkan pernah bernikah.

Berzin4 dengan lelaki lain

Sekadar gambar hiasan

Difahamkan, wanita ini dan suaminya bercerai selepas melahirkan anak kedua. Keputusan tersebut dibuat selepas si suami melakukan ujian DN4 dan hasilnya menunjukkan bayi dalam kandungan itu bukan darah dagingnya.

Menurut beliau, “kami bercerai selepas lahir anak kedua.” Bernikah waktu mengandung anak pertama. Maka sepatutnya anak kedua adalah anak sah taraf, tetapi kenapa didalam rekod dinyatakan anak tidak sah taraf juga.

Rupanya ketika mengandung anak kedua, berzin4 dengan orang lain. Suami sanggup buat ujian DN4 sebelum membenarkan guna sijil nikah untuk daftar kelahiran. Dari DN4 disahkan benar bukan anak suami. Jadi suami jatuhkan talak. Lepas tu anak ketiga dengan orang lain. Sekarang anak ke-4 pun dengan lelaki lain.

‘Sampai bila nak berzin4?’

Sekadar gambar hiasan

Sementara itu, pihak Baitus Solehah menasihati orang ramai terutamanya golongan wanita supaya menjaga maruah dan tidak terjebak daripada melakukan perbuatan tidak bermoral. Tidak kurang juga, wanita yang sudah berkahwin juga dinasihatkan supaya menjaga rumah tangga dan menjalankan tanggungjawab sebagai isteri dengan baik selain taat dengan perintah suami.

Sampai bila nak berzin4? Dah elok nikah ada suami, masih main cinta dengan orang lain. Akibatnya diceraikan. Cukup cukup melakukan dosa yang lepas, usah ditambah dosa baru. Yang terima dan menanggung akibat adalah anak tu. Kasihan, sampai 4 orang. Umur masih muda, baru 24 tahun.

Komen netizen

Sumber: Baitus Solehah

1 Comment

  1. Apa nak heran mak pak pun sekarang letak hantaran tinggi Yg Ada ijazah. Mcm jual anak kan..so anak tu jual diri sendiri pehhh tgk org dlm artikel ni HINA tgk tgk kita tahap LG hina…sampai umur nk pencen pun si suami x habis hutang kah win ngan bank 🏦

1 Trackback / Pingback

  1. Rasa curiga dorong suami buat ujian DNA, hasilnya mengejutkan.... 4 anak tidak sama DNA

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*