Viral

Netizen Ingin Tahu Lokasi Kedai Mamak Selepas Tular Wajah Hensem ‘aney’ Ini.

Selalunya, kedai mamak merupakan tempat utama kaum lelaki melepak bersama kawan-kawan. Bukan setakat kedai beroperasi 24 jam sahaja, tetapi terdapat perkhidmatan ‘Wi-Fi’ secara percuma serta pelbagai pilihan makanan disediakan.

Malah, para pekerja di restoran juga kebanyakannya jenis mesra pelanggan khususnya terhadap pelanggan tetap. Tak perlu cakap banyak ketitka ‘order’, makanan terus dihidang dalam masa beberapa minit sahaja.

Baru-baru ini, seorang netizen berkongsi satu video di aplikasi TikTok di mana dia merakam kelibat seorang pekerja di kedai mamak yang dikunjunginya secara senyap-senyap.

 

Menerusi video tersebut, lelaki bertopi hitam terbabit dilihat sedang sibuk bekerja membancuh air minuman sementara bercakap dengan rakan sekerja lain.

Namun, apa yang menarik perhatian perakam dan juga penonton video berkenaan adalah rupa parasnya yang dikatakan sangat kacak.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen turut terpesona dengan ketampanan jejaka itu. Malah, ramai yang bertanyakan lokasi kedai mamak tersebut. Iyalah, mana tahu boleh singgah untuk jamu mata, kan?

Lain kali tolong letak lokasi sekali

Ini baru 1%, cuba bayang tampannya wajah nabi Yusuf

Tak suka lepak mamak, tiba2 teringin nak pergi

Sekali dah ada bini anak 3 di negara asal

Sumber: TikTok @irfahane / omm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *