Artis

” Tutup aurat salah, tak tutup salah..”- Sharifah Sakinah Di Kritik, Pakai Telekung Terkinja Depan Tunang/

Pelakon Sharifah Sakinah semakin hari menjadi bualan hangat netizen dengan perkongsian yang dimuat naik di media sosialnya.

Baru-baru ini, pemilik nama Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired itu kembali mencetuskan kontroversi dengan satu video yang dikongsi di Instagram miliknya @sharifah_sakinah.

 

“Bila malam Jumaat lepas tu terus masuk kelas. Tak sempat tukar pakaian ‘gym’. Terima kasih @marshamilan memang ringan telekung awak,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Menerusi video tersebut, dapat dilihat Sakinah sedang memakai telekung sambil melakukan aksi bersenam ketika sedang ‘video call’ bersama tunangnya, Michael Hansen.

Moga diberi hidayah

Namun begitu, perkongsian pelakon berusia 32 tahun dipenuhi dengan komen kecaman daripada netizen di mana masing-masing menyifatkan perbuatan Sakinah melampaui batas.

  

Nak menganjing tak kena tempat

Terkinja2 pakai telekung tak bersalah ke

Tutup aurat salah, tak tutup pun salah

Dalam pada itu, ramai juga mempertahankan tindakan Sakinah dan berpendapat telekung itu hanya sekadar pakaian biasa.

Terdahulu, Sakinah mengikat tali pertunangan dengan jejaka kelahiran Sweden bernama Michael Hansen dan bakal melangsungkan perkahwinan pada bulan Mei hadapan.

Sumber: Instagram Sharifah Sakinah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *