
Malam ini Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL 35) mempertandingkan 12 lagu yang bakal berentap merebut gelaran juara.
Ramai yang menantikan kemunculan Nabila Razali membawa lagu peluang kedua ciptaan Hael Husaini & MFMF. Lagu ini pernah menjadi viral dek kerana penyanyi asalnya yang pernah ‘terkucil’ sewaktu menyanyikan lagu ini.
Justeru itu ramai yang agak risau dan mengharapkan Nabila Razali dapat membawa lagu ini dengan baik.
Namun di twitter ramai yang memuji kesungguhan Nabila Razali yang di lihat mencuba sehabis baik sehingga beliau di lihat mahu menangis sewaktu membawa lagu ini.
ya allah kesian nabila. people need to learn how to respect people do π #AJL35 pic.twitter.com/8tOqIQ6RiI
β π»π²π π»πΎππΉπΆππ π²πΎ (@fikryfirdaus44) March 14, 2021
Kesiannnyaaaaa Nabila Razali πππ mesti dia sedih. Why paksa urself when u know u cannot hit the high pitch dear. But itβs okay. #ajl35
β Dyaya Etsuko (@lydia_rashid) March 14, 2021
Lari pitching sikit
Ada lari pitching sikit tapi wanna compliment her for the emotional performance #AJL35 pic.twitter.com/xJ0Bw1PCo7
β πYOONJIN Enthusiasts MINMARCH π (@UnoCzarah) March 14, 2021
Ada percubaan buat falsetto
ππ» for the effort. Ada percubaan buat falsetto here n there. #AJL35 pic.twitter.com/NoJWYF3qxU
β Na$v (@Nav99796761) March 14, 2021
Beri sokongan
lets give her support, the dress is so beautiful β€π₯#AJL35 pic.twitter.com/jNQsQqsnHA
β ππππ (@lisssaziz) March 14, 2021
Improve banyak
Please anyone jgn la kecam dia , at least dia do the best !!! I think nabila razali improved byak , i still love her n support her !! ππ n lastly dia smpai jgk pentas AJL 35 !!!! #AJL35 pic.twitter.com/uH1aQZvMqj
β Lqmn (@_lqmnwzr) March 14, 2021
You did really well tonight
How much more pressure you guys want to put on her? I am really speechless with some of the netizen.
Stay strong girl. You did really well tonight. It’s might not be your best, but there is always have room for improvement.
We love you Nabila Razali β€#AJL35 #PeluangKedua pic.twitter.com/mJ4YtafUk7
β SaintMeSeng x IDFTH family π²πΎ (@Pique_Sup) March 14, 2021
Video
sumber : twitter , HMT network
Jangan pandang rendah Nabila Razali β Azmeer
Salah seorang juri profesional Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) yang akan berlangsung malam ini, Azmeer memaklumkan lagu Gila ciptaan Ezra Kong, Loca B dan Noki mempunyai peluang cerah untuk menduduki tiga tangga teratas lagu terbaik.
Kata Azmeer atau nama lengkapnya, Mohd. Azhar Abu Bakar ketika dihubungi Kosmo! Online sebentar tadi, selain lagu dendangan Kaka Azraff, Loca B dan Noki itu, terdapat enam buah lagu lain yang turut mempunyai peluang cerah untuk dinobatkan sebagai juara keseluruhan.
βSudah ada markah pra-penjurian untuk ke semua 12 lagu bertanding. Saya tidak boleh dedahkan berapa markahnya namun peratusan markah pra-penjurian agak besar.
Gila ciptaan Ezra Kong, Loca B dan Noki dikatakan mempunyai peluang cerah untuk diangkat sebagai juara keseluruhan AJL35.
βAda sesetengah pihak yang meramalkan lagu Gila berpeluang besar untuk bergelar juara. Sebagai juri profesional, saya tidak menafikan perkara itu namun perlu diingatkan, persembahan ke semua finalis malam nanti juga penting,β kata Azmeer.
Komersil Peluang Kedua
Mengulas lebih lanjut tentang kualiti lagu Gila, Azmeer berkata, lagu bernuansa tradisional kontemporari hip hop itu merupakan satu karya yang unik.
βGila menggabungkan lagu elemen moden dan tradisional. Ada langgam (patah lagu) Melayu yang kuat.
βDari segi lirik, lagu tersebut merupakan satu karya yang mudah connect (berhubung) dengan kebanyakan realiti kita semua iaitu pandemik Covid-19 yang berlaku di seluruh dunia,β ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Azmeer turut tidak menolak kemungkinan lagu Peluang Kedua ciptaan Hael Husaini dan MFMF mampu membuat kejutan malam nanti.
βJangan pandang rendah kebolehan lagu Peluang Kedua nyanyian Nabila Razali. Nyanyiannya mengingatkan saya kepada penyanyi lama seperti Allahyarham Rafeah Buang.
βKita tidak boleh menafikan pencapaian lagu Peluang Kedua dari sudut komersil dan populariti.
βWalaupun Nabila bukan penyanyi bervokal hebat seperti Jaclyn Victor namun dia mempunyai keikhlasan dan penghayatan emosi tersendiri ketika menyanyi. Sejujurnya, saya tak sabar nak tengok dia nyanyi malam ini sebab masa separuh akhir, dia tak dapat nyanyi sendiri lagunya,β katanya.
Leave a Reply