
Anak kembar pelakon Azhar Sulaiman iaitu Kasih Iris Leona dan Andika Rees Pahamin meraikan ulang tahun kelahiran ke-19 hari ini.
Menerusi laman Instagram, aktor drama Keluarga Iskandar itu memuat naik sebuah video mengucapkan selamat hari lahir buat kedua-dua anak kesayangannya.
Jaga tingkah laku!
View this post on Instagram
Rakaman video berdurasi 14 saat itu turut memaparkan Azhar sempat mengusik meminta orang ramai ‘memarahi’ pasangan kembar tersebut agar berkelakuan baik.
“Selamat ulang tahun kelahiran ke-19 Rees & Leona. Korang ‘sound’ dia sikit,” katanya.
Bagaimanapun, kedua-dua remaja berkenaan hanya mampu tersenyum dan tercengang melihat gelagat si bapa yang disifatkan ‘sporting’ sebelum mengucapkan selamat tinggal bagi mengakhiri video tersebut.
‘Stay sane’
View this post on Instagram
Posting itu dipenuhi komen pengikutnya dimana rata-rata turut menitipkan doa serta mengucapkan selamat maju jaya selain menjadi anak yang baik kepada beradik kembar tersebut.
Jadi anak soleh & solehah
Jangan buat mak ayah risau
Moga terus berjaya & cemerlang
Tak perlu la ‘sound’, doa yang baik2
Terdahulu, Azhar meluahkan rasa bimbang selepas anak gadisnya Leona sering dikecam netizen dengan beberapa isu termasuk dikatakan berpakaian mencolok mata.
Sumber: Instagram Azhar Sulaiman
Leave a Reply