Artis

“Cukuplah..fokus pada lakonan je”- Nabila Razali Di Minta Terima Hakikat Tak Boleh Nyanyi LIVE.

Sebanyak 12 lagu yang bersaing di pentas akhir Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-35 malam tadi, tidak dinafikan ramai penonton teruja menyaksikan persembahan Nabila Razali dengan lagu Peluang Kedua.

Bagaimanapun, rata-rata agak kecewa selepas penyanyi itu ‘terkucil lagi’ ketika menyanyi secara siaran langsung walaupun telah berlatih selama berbulan-bulan untuk melakukan yang terbaik.

Selain dikritik dan dikecam, ada juga segelintir warganet meminta pemilik nama Nur Nabila Mohd Razali itu tidak perlu menyanyi ‘live’ lagi sekiranya tindakan tersebut hanya sekadar mengundang cacian orang ramai.

Kadang2 kesian

Sedar ‘level’ suara tahap mana

 

Cukuplah! Pedih ni

Dia tak boleh nyanyi ‘live’

Selain diminta untuk menerima hakikat, penyanyi berusia 29 tahun itu juga disarankan untuk fokus terhadap bidang lakonan sahaja berbanding nyanyian kerana gagal membawa lagu sendiri dengan sebaiknya.

Menurut warganet, bakat lakonan Nabila lebih menyerlah dan mantap selain boleh berjaya dalam bidang berkenaan satu hari nanti.

Terima la hakikat

Kelaut setiap kali ‘live’

Lebih berbakat dalam lakonan

Berlakon jelah Nabila!

Bagaimanapun penyanyi lagu Peluang Kedua itu berkata, dia telah cuba memberikan sehabis baik selain memohon maaf terutama kepada pencipta lagu tersebut iaitu Hael Husaini dan MFMF.

AJL35 yang dikenalikan Awal Ashari, Sherry Alhadad dan Haziq Hussni disiarkan secara langsung di TV3 dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dalam situasi norma baharu tanpa penonton.

Sumber: Twitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *