Uncategorized

Polis Dedahkan Sebab Lelaki Ini Ngamuk, Pecah Cermin Kereta Guna Topi Keledar.

Tular sebuah video di media sosial sejak semalam memaparkan seorang lelaki bertindak memecahkan cermin menggunakan topi keledar dan merosakkan kereta seorang wanita di Pekan Parit Jawa, Muar.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Zaharudin Rasip berkata, punca kejadian adalah berkaitan cara pemanduan kenderaan masing-masing.

“Berikutan itu, susp3k bertindak agresif dengan memecahkan cermin hadapan kereta mangsa yang berusia 26 tahun.
“Susp3k turut memecahkan cermin sisi kereta sebelah pemandu dan merosakkan bonet hadapan kereta mangs4 dengan menggunakan topi keledarnya,” katanya menerusi laporan Harian Metro.

Menurut Zaharudin, susp3k yang berusia 25 tahun ditahan sebelum menerima rawatan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar kerana dipercayai mengalami masalah m3nt4l.

“Pihak polis menasihatkan orang ramai supaya tidak sewenang-wenangnya memuat naik gambar, video dan kenyataan di laman sosial sehingga tular yang boleh menimbulkan salah faham dan kegusaran dalam kalangan masyarakat,” ujarnya.

Sumber: Harian Metro (Essa Abu Yamin) , Facebook

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *