“Tocang panjang dengan huruf penaja besar-benar nak pegi mana?” – Azrinaz

Nampaknya Anugerah Juara Lagu ke35 (AJL35) masih lagi hangat diperkatakan. Namun, kali ini bukan mengenai Nabila Razali tetapi tentang kualiti acara berprestij itu.

Menerusi Instagram, bekas personaliti televisyen, Azrinaz Mazhar Hakim yang mempertikai kualiti program tersebut sudah hilang aura dan seperti rancangan jual barang.

 

“Apa sudah jadi dengan Anugerah Juala Lagu #AJL35 ? Sebuah rancangan tahunan yang sepatutnya membariskan lagu-lagu berkualiti dengan produksi yang mantap dan gah-nya tetapi bertukar menjadi hambar.

“Bukan saja merepek, tapi hilang auranya. Paling mengejutkan, AJL35 kali ini seperti sebuah rancangan menjual barangan spt ‘wow shop’,” tulisnya.

Azrinaz berkata segmen penaja sepatutnya tidak dilakukan secara berlebih-lebihan dan turut mempertikaikan pemakaian hos.
“Dengan segmen khas diwujudkan untuk mempromosi penaja seperti gambar ini. Pemakaian 2 host tertera yang ‘out of date’ tiada konsep dan hala tuju.

“Tocang panjang dan huruf nama penaja sebesar-besar alam nak pergi mana? Nak jual baju raya ke apa? Adakah kita masih dalam tahun 1995?

“Pengacara tetap pula ditekankan untuk menyebut nama2-nama sponsor sepanjang masa sehingga berjela-jela.. buang masa,” tulisnya.

Dalam pada itu, Azrinaz turut membandingkan cara penyampian di AJL dengan cara penyampai di anugerah Oscar dan Grammy.

“Saya teringat program Oscar mahupun Grammy Award, dimana penyampai naik ke pentas dan terus mengumumkan nama pemenang: “And the award goes to..”

“Tidak salah untuk selitkan usikan dan hiburan malah ia amat dialu-alukan, tetapi dengan menyebut nama-nama penaja yang berulangkali sungguh meloyakan,” katanya.

Menerusi entri itu, Azrinaz turut berkongsikan bahawa dia pernah terlibat dalam produksi Muzik-Muzik dan Juara Lagu satu ketika dahulu dan sedikit kecewa dengan AJL35.

“Saya mengikuti anugerah ini setiap tahun sejak dibangku sekolah. Malah saya juga pernah secara langsung terlibat dalam produksi Muzik-Muzik dan Juara Lagu satu ketika dulu.

“Kalau dulu ia mempamerkan penyanyi yang tiada tolok bandingan seperti Francisca Peter, Aris Ariwatan, Amy Search mahupun penyanyi baru seperti Hazama, Akim Majistrate juga tidak kurang hebatnya. Malang sekali tahun ini barisan artist gagal memberikan klimaks,” katanya.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*