Berkahwin Ala Istiadat Sikh, Illi Najwa Menghadap Sultan Johor Berhubung Status Agama.

Disember tahun lalu, viral di media sosial mengenai majlis perkahwinan kapten hoki India, Manpreet Singh Pawar dengan kekasihnya, Illi Najwa Saddique dari Malaysia. Majlis perkahwinan pasangan tersebut mendapat perhatian ramai pihak kerana timbulnya persoalan mengenai status agama wanita tersebut.

Di Facebook, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, berkenan menerima mengadap Mufti Johor, Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) dan Illi Najwa.

Pada pertemuan bersama Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor, Dato’ Mufti Johor iaitu Dato’ Haji Yahya Ahmad telah mempersembahkan hasil siasatan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) berhubung status perkahwinan dan keagamaan Illi Najwa bersama pasangan.

Pihak JAINJ telah memanggil Illi Najwa bersama ibunya serta beberapa saksi lain dan keterangan juga diambil daripada mereka. Hasil siasatan mendapati Illi Najwa tidak pernah keluar dari Islam, malah pada hari ini beliau (Illi Najwa) juga hadir bersama kami untuk mengadap Baginda Tuanku Sultan.

Menurut Dato’ Haji Yahya, siasatan secara menyeluruh telah dijalankan oleh JAINJ dan mendapati Illi Najwa masih Islam. Terdahulu, Sultan Johor menitahkan JAINJ dan Jabatan Mufti Johor menyiasat status terkini agama wanita berkenaan yang dilaporkan berkahwin dengan Kapten Hoki India.

Isu sudah selesai

Sebagai Ketua Agama Islam Johor, baginda bertanggungjawab memelihara kedudukan Islam supaya sentiasa terpelihara dan dipandang mulia selari dengan Perkara 57 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895 dan Perkara 3 Perlembagaan.
Ujar Yahya lagi, pendaftaran perkahwinan pasangan itu di Johor Bahru juga kini dalam proses. Tambah beliau, pasangan tersebut tidak akan menghadapi sebarang masalah ketika hendak mendaftar perkahwinan mereka. Bahkan, isu yang tersebut juga sudah dianggap selesai.

Sumber: Sultan Ibrahim Sultan Iskandar Via Oh Bulan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*