Artis

Cantiknya, Puteri Sulung Que Haidar Curi Tumpuan Sebijik Ikut Muka Linda Jasmine.

 

Kata orang, mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi kan? Begitulah juga kepada pasangan selebriti Que Haidar dan isteri, Linda Jasmine apabila anak perempuan sulung mereka yang bernama Tengku Ratu Haidar kelihatan sebijik seperi wajah ibunda tersayang. Bukan itu sahaja, gaya Ratu juga kelihatan seakan-akan sama seperti Linda, memang lawa!

Dua puteri kesayangan

Pelakon terkenal, Tengku Iskhan Shah Bin Tengku Haidar atau lebih mesra dengan panggilan Que Haidar telah melangsungkan perkahwinan bersama pilihan hati, Linda Jasmine pada bulan Februari 2009 yang lalu. Biarpun jarak usia agak berbeza, tetapi ianya langsung tidak menghalang cinta yang terjalin antara pasangan ini.

Hasil daripada perkahwinan tersebut, pasangan romantis ini telah dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan yang dikenali dengan nama Tengku Ratu Haidar dan Tengku Cleopatra Haidar.

Tengku Ratu, Tengku Cleopatra

Puteri sulung pasangan Que dan Linda, Ratu kini berusia 11 tahun sementara adiknya, Cleopatra berusia 9 tahun. Memang tidak dapat dinafikan, wajah Ratu saling tidak tumpah mewarisi kecantikan ibu tercinta manakala Cleopatra pula dilihat seiras wajah bapanya.

Copy paste muka ibunda tercinta

Pandai bergaya pula tu

Cantinya Ratu!

Bakat menari

Bukan itu sahaja,  Ratu juga dikatakan mempunyai bakat dalam bidang tarian. Wah! saling tak tumpah seperti kerjaya ibunya sebagai seorang choreographer terkenal program realiti Akademi Fantasia.

Sumber: The HaidarsLinda Jasmine

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *