
Meskipun bukan selebriti, namun berita pernikahan Noor Nabila dan Engku Emran menjadi perhatian ramai apatah lagi kedua mereka pernah berkahwin dengan selebriti sebelum ini.
Apa yang pasti, pasangan ini sememangnya pandai berahsia. Terbaru, syarikat My Balloon Adventure mendedahkan foto romantis Engku Emran melamar Noor Nabila di atas belon panas yang telah disimpan sekian lama.
Video swipe left :
View this post on Instagram
“Selepas menyimpan rahsia sekian lama, akhirnya kami dapat kongsikan perkara ini kepada semua orang. Tahniah diucapkan kepada Engku Emran dan Noor Nabila atas perkahwinan pagi tadi. Kami turut tumpang bahagia ke atas kedua mempelai ini,” tulisnya.
Menerusi perkongsian di Instagram itu, Engku Emran telah merancang kejutan tersebut bersama adik Nabila iaitu Athisha Khan selama beberapa minggu.
Selain kejutan menaiki belon panas, lebih istimewa, penyanyi Ferhad turut membuat penampilan khas menyanyikan beberapa lagu pada majlis lamaran tersebut.
Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang teruja dengan kejutan tersebut serta mendoakan rumah tangga pasangan itu bahagia hingga ke syurga.
komen netizen
sumber : rotikaya
Leave a Reply