Artis

Pernah Ada Pengalaman Berumahtangga, Noor Nabila & Engku Emran Akui Sudah Matang

Kakak kepada pengacara terkenal Neelofa iaitu Noor Nabila selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz menjadi isteri kepada seorang usahawan, Engku Emran. Majlis pernikahan tersebut telah diadakan di Masjid At Taqwa, Taman Tun Dr Ismail dengan bersederhana dihadiri oleh keluarga dan saudara mara terdekat sahaja.

Memetik laporan Harian Metro, Noor Nabila dan Engku Emran menjelaskan mereka tidak mengikat tali pertunangan sebelum ini sepertimana hangat diperkatakan netizen.

Kami tak bertunang

Difahamkan, pasangan ini masing-masing mengenali dengan rapat sejak bulan Ogos tahun lalu lagi. Malah, mereka turut berkongsi minat suka berbasikal yang sama membuatkan pasangan ini semakin akrab.

Kami tak bertunang seperti yang disangka. Saya mula mengenalinya sekitar Ogos tahun lalu. Waktu itu kami hanya berkawan. Hanya sekitar hujung tahun lalu, kami mula rapat. Kami juga berkongsi minat sama termasuk dalam aktiviti berbasikal.

Masing-masing sudah matang

Nikah Ketiga Kali, Engku Emran dan Noor Nabila Mesra di Pelaminan

Pernikahan Noor Nabila dan Engku Emran | Blog Sihatimerahjambu

Pernikahan tersebut telah lancar dijalankan dengan berwalikan adik lelaki kepada Noor Nabila iaitu Mohamed Aqief. Noor Nabila menerima mas kahwin berupa sebentuk cincin. Manakala, jumlah wang hantaran tidak dimaklumkan.

Majlis kami hanya dihadiri ahli keluarga, saudara-mara dan kenalan rapat sekitar 20 ke 30 orang saja. Kami buat yang wajib dan mahu diadakan secara sederhana. Apa yang penting kami mahukan keberkatan. Kami tidak merancang mengadakan majlis lain selepas ini.

Kami pernah melalui pengalaman berumah tangga sebelum ini. Jadi, masing-masing sudah matang dan sudah tahu apa yang diinginkan dalam membina mahligai ini. Insya-Allah kami akan buat yang terbaik dan sentiasa ada untuk satu sama lain.

 

Sumber: Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *