
Umum mengetahui, bekas isteri kepada pelakon, Sharnaaz Ahmad iaitu Noor Nabila telah selamat mendirikan rumah tangga dengan Engku Emran hari ini.
Terbaru, Sharnaaz memuat naik satu posting di Instagram dan mengucapkan tahniah buat Nabila dan suami.
View this post on Instagram
Selamat pengantin baru Nabila dan Emran. Semoga berbahagia ke anak cucu. Jaga jebat elok-elok naa.
Selain memberi ucapan ‘Selamat pengantin baru’, Sharnaaz turut mendoakan bekas isterinya dan Engku Emran berbahagia sehingga ke anak cucu. Di samping itu, Sharnaaz turut berharap pasangan tersebut dapat menjaga Jebat Jayden dengan baik.
Dalam pada itu netizen berasa sedih dengan ucapan tersebut
Itu hak Nabila
Sebelum ini, Sharnaaz dipercayai enggan mengulas lebih lanjut mengenai kontroversi yang melibatkan bekas isterinya. Jelasnya, itu adalah hak Nabila dan lebih baik sekiranya dia tidak masuk campur. Sharnaaz juga dilihat tenang dan sempat berkongsi lagu kegemaran ramai, Waiting In Vain nyanyian Bob Marley di akaun Instagramnya.
Lagu yang sangat menyentuh jiwa itu didakwa menggambarkan perasaan Sharnaaz pada waktu ini. Lebih-lebih lagi bait-bait lirik yang terdapat dalam lagu tersebut.
Sumber: Sharnaaz Ahmad / Ohbulan
Leave a Reply