Tempatan

Anak Perempuan Berkahwin, DG Noor Hisham Pula Yang Menjadi Tumpuan.

Anak perempuan kepada Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah iaitu Khairin Afiqah selamat mendirikan rumah tangga dengan lelaki pilihan hatinya yang dikenali sebagai Hazim.

Personaliti TV, Ahmad Fedtri Yahya berkongsi detik gembira tersebut selepas selesai mengacarakan majlis resepsi yang berlangsung di BoraOmbak Marina, Putrajaya hari ini.

Bapa pengantin jadi tumpuan

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AHMAD FEDTRI YAHYA (@fedtriyahya)

Menurut pengacara Malaysia Hari Ini (MHI) itu, dia bersyukur dapat melaksanakan tugas dengan sebaiknya selain mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.

“Alhamdulillah selesai mengacarakan resepsi pernikahan anakanda kepada Tan Sri Dr Noor Hisham & Puan Sri Suwaida
“Hanya 30% kapasiti dewan dengan SOP yang rapi namun tidak menghalang ia berlangsung tenang dan tertib,” katanya.

Menerusi posting tersebut, Fedtri memuat naik beberapa keping foto di laman Instagram memaparkan gambar kenang-kenangan bersama Dr Noor Hisham serta anak-anak lelakinya.

Warganet mengambil kesempatan bagi mengucapkan tahniah kepada Dr Noor Hisham kerana menerima menantu selain memuji tema majlis berwarna biru laut yang sejuk mata memandang.

Cantik warna baju!

Kacak anak2 bujang

Wah silap-silap bapa yang ‘caras’ majlis tu! Maklum lah, Dr Noor Hisham kan buah hati rakyat Malaysia, tak mustahil kalau kemunculan beliau sentiasa jadi perhatian ramai.

Sumber: Instagram Ahmad Fedtri Yahya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *