Tempatan

Rentas Negeri Untuk Sambut Aidilfitri Di Benarkan Dengan 6 Petunjuk Ini.

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM)  sedang meneliti keputusan kebenaran rentas negeri termasuk sempena Hari Raya Aidilfitri  ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, pihaknya membentangkan kepada kerajaan mengenai kebenaran rentas negeri dan daerah boleh dibenarkan sekiranya enam petunjuk mencatatkan rekod  positif.

Menurut beliau, kerajaan dimaklumkan bahawa jika  enam petunjuk terbabit dipenuhi maka rentas negeri boleh dipertimbangkan.

“Enam pentunjuk itu ialah  situasi kes harian, kes discaj, trend kadar harian, kadar kematian, keupayaan katil  pihak swasta serta awam dan situasi semasa petugas kesihatan yang dijangkiti.

“Dalam masa sama, kita (KKM) sedang meneliti pandangan pakar kesihatan awam termasuk kebenaran merentas minggu kedua Hari Raya Aidilfitri dan kerajaan akan tentukan bilakah masa sesuai,” kata beliau pada  sidang akhbar mengenai perkembangan Program Imunasi Covid-19 Kebangsaan bersama Menteri Sains Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin di sini hari ini.

Adham  mengulas mengenai cadangan pakar epidemiologi Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Malina Osman bahawa kebenaran rentas negeri perlu ditangguhkan hingga majoriti kumpulan rentan khususnya warga emas diberikan vaksin Covid-19 terlebih dahulu.

Mlina jika dibenarkan rentas negeri, masa paling awal ialah satu atau dua minggu minggu selepas Aidilfitri.

 

sumber : UTUSAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *