Erra Fazira Tak Tolak Jodoh, Kongsi Ciri-Ciri Idaman Bakal Suami.

Primadona negara, Erra Fazira mengakui dirinya masih terbuka hati untuk bergelar isteri dan mendirikan rumah tangga pada suatu hari nanti jika diizinkan Allah S.W.T.

Meskipun usianya kini sudah hampir mencecah 47 tahun, Erra berkata dia tidak meletakkan ciri-ciri spesifik namun cukup hanya bakal suaminya nanti mempunyai keserasian apabila bersama dengan dirinya.

Saya masih sendiri, belum kahwin lagi' - Utusan Digital

Ujar Erra lagi, soal kriteria spesifik tentang bakal suami itu barangkali hanya terpakai buat dirinya ketika dia masih muda namun kini, apa yang penting buat pelakon filem Maria Mariana ini hanyalah sikap bertanggungjawab dan boleh menjaga dirinya serta anak tunggal, Engku Aleesya

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Erra Fazira (@errafazira)

“Saya tidak kata saya tak mencari jodoh, cuma kalau ada jodoh tu nanti saya cukup bersyukur. Cukup saya katakan ada rasa keserasian dengan pasangan, seorang yang bertanggungjawab, saya rasa selamat dengannya serta seorang yang boleh menjaga keluarga saya.”

Dia baru-baru ini ditemui media selepas majlis pelancaran produk terbaharu Himaya di mana Erra telah menjadi muka depan dan duta selain penyanyi Wany Hasrita.

Dalam pada itu, Erra sempat berkongsi kisah lucu yang terjadi antara dia dan anaknya di mana Engku Aleesya tidak membenarkan dirinya berkahwin lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Erra Fazira (@errafazira)

“Saya ada usik Aleesya konon mahu berkahwin. Namun jawapan Aleesya, dia tidak kisah jika ayahnya berkahwin asalkan saya tidak. Saya harap itu hanya sekadar gurauan kerana saya hendak juga berkahwin jika bertemu lelaki idaman.”

Terdahulu, Erra pernah mendirikan rumah tangga bersama Engku Emran yakni suami kepada kakak Neelofa, Noor Nabila dan hasil perkongsian hidup itu mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Engku Aleesya.
SUMBER : Astro Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*