Neelofa Mohon Doa Ramai, Di Katakan Bakal Bersanding Di The St. Regis KL.

Nampaknya semakin kencang ura-ura berkenaan hari bahagia buat selebriti dan usahawan terkenal, Noor Neelofa Mohd Nor, 33 dan pendakwah muda PU Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris bin Mohd Ismail, 25.

Neelofa pula nikah minggu ini? Ada saksi nampak PU Riz belek samping songket - Hiburan | mStar

Menurut makluman yang sedang bertebaran di media sosial, Neelofa dan PU Riz dipercayai akan mendirikan rumah tangga pada Jumaat ini iaitu 26 Mac 2021 dan bersanding pada 27 Mac 2021.

Majlis di The St. Regis Kuala Lumpur

Llebih menguatkan lagi dakwaan tersebut, seorang wartawan telah memuat naik status di Twitter memberi bayangan bahawa majlis meraikanpasangan ini  akan berlangsung di St Regist Kuala Lumpur.

Betul laa kot Jumaat ni

Ini bermakna khabar angin yang bertebaran sejak beberapa hari kebelakangan ini hampir tepat dan masing-masing sedang menanti momen bahagia buat pasangan tersebut.

Rata-rata warganet telah meninggalkan komen di posting yang dibuat oleh wartawan sukan itu dengan berseloroh berkenaan tindakkannya yang dilihat seakan tersalah ‘department’.

Jarang2 khabar angin ni salah

Ingatkan berita sukan

Rasanya pelbagai hint telah didedahkan netizen berkenaan perkahwinan pasangan ini walaupun masing-masing langsung tak membuka mulut berkenaan isu perkahwinan.d

Mohon doakan beliau

Neelofa berkongsi satu doa untuk memudahkan urusan di laman IG nya, namun biarpun tidak jelas netizen perasan  gambar latar belakang doa tersebut seolah berada di butik pakaian pengantin

Semoga urusan mereka untuk mendirikan rumah tangga dipermudahkan dan pastinya menghadirkan kegembiraan buat para peminat pasangan selebriti terkenal ini.

Sumber: zulhelmizainal1 / neelofa

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*