Bapa Luah Rasa Kesal, Hasil Karangan Anak Di Tuduh Meniru Oleh Guru.

Ibu Bapa  mana yang tidak sedih jika anak mengadu kerja sekolah yang di buat sendiri olehnya telah di cop atau di tuduh meniru oleh seorang guru. Lebih menyedihkan apabila guru tersebut tidak menyiasat dengan lebih lanjut malah anak murid terus di marahi kerana tindakan meniru tersebut.

Perkara ini terjadi kepada seorang pakar motivasi  Tuan Osman Affan  yang meluahkan rasa sedih apabila karangan Bahasa Melayu yang di tulis sendiri oleh anaknya serta bantuan isteri di tuduh meniru oleh guru.

Anak Tahun 4 di marahi guru kerana di katakan meniru..

Sebagai seorang ayah, ketenangan hati saya agak terganggu juga hari ni.

Kisahnya, anakanda saya tahun 4, bawa pulang buku karangan Bahasa Melayunya. Katanya, dia kena marah dan gurunya tuduh dia meniru karangan.
Dalam buku karangan anakanda saya juga tertulis dengan pen merah ‘Meniru!’

May be an image of text
Apa yang mengganggu ketenangan hati saya ialah karangan itu adalah karangan yang benar-benar dibuat oleh anakanda saya yang dipantau oleh Puan Isteri.

Jadi memang kami tahulah ia adalah hasil kerja anakanda kami. Puan isteri saya jadi saksinya.
Anakanda ini pula, masa sampai sekolah, ada kawan minta pinjam bukunya. Dengan sukacitanya anakanda ni berilah pinjam.

No photo description available.

Rupanya bukan pinjam sahaja, disalinnya jawapan karangan anakanda saya ini.
Hasilnya, anakanda saya yang dituduh meniru sedangkan menurut anakanda saya, perkataan ‘meniru’ itu tidak ditulis dalam buku kawannya itu.

Sebagai ayah, nak tak nak, sebak jugalah rasanya bila perkara ni berlaku. Ada rasa bimbang kalau-kalau anak saya jadi lemah semangat atau semakin benci subjek ni.

Kenapa cikgu andaikan anak meniru bukan rakan?

Tapi saya & Puan Isteri terfikir, kenapa cikgunya andaikan anakanda kami yang meniru, bukan kawannya?

Besar kemungkinan ia disebabkan anakanda kami ini agak lemah penguasaan subjek Bahasa Melayunya berbanding kawan yang lain.

Jadi bila Cikgu baca karangan kawan yang meniru terlebih dahulu, sangat besarlah kemungkinan cikgu akan terus fikir bahawa anakanda saya yang meniru.
Saya tanya anakanda saya, kenapa tak bagitau Cikgu? Jawabnya, “Tak tau nak cakap macam mana.”
Hmmmm… Inilah bahayanya plagiat.

Yang MENIRU dapat NAMA, yang DITIRU teruk DICACI DIHINA.

Bapa memandang positif dengan perkara yang berlaku..

Apa saya buat bila tahu perkara ini? Pergi hubungi Cikgu? Cuba terangkan keadaan sebenar?
Hantar mesej ke whatsapp group? Serang ibu bapa kawan yang meniru tu?
Tidak. Itu bukan caranya.

Cerita ini dan perkara ini sebenarnya adalah pengajaran untuk anakanda saya.
Jadi perkara ini adalah antara saya dengan anakanda saya, bukan dengan guru atau dengan kawan yang meniru tu.
Pengajaran pertama untuk anakanda saya, janganlah bermurah hati sangat bagi kawan pinjam buku sebelum hantar kerja sekolah.
Kedua, jika berada di pihak benar, beranikanlah buka mulut untuk memberi penerangan.
Ketiga, cepat-cepatlah majukan penguasaan subjek tu.

Nanti bila betul-betul dah pandai, tak adalah cikgu ada syak wasangka bahawa itu kerja hasil meniru atau tidak.

Osman Affan
Nak jadi seorang Ayah, memang hati kena kental.

Komen netizen

sumber : Osman Affan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*