Artis

Luluh Hati Mila Jirin, Nonny Nadirah Mengaku Gambar Itu Adalah Dirinya

Kuala Lumpur: “Saya ingat Instagram Nonny kena god4m, tapi apabila Nonny cakap itu adalah dia, luluh hati saya. Rasa macam nak ke Sabah semalam juga jumpa dia dan dengar apa masalahnya. Saya tahu dia sangat baik, anak yang baik.”

Itu kata penyanyi, Mila Jirin juga sahabat baik Nonny Nadirah mengenai penampilan terbaharu penyanyi dan pelakon itu yang didakwa sudah membuka tudung.

Mila berkata, dia masih berharap Nonny terus mempertahankan hidayah diberikan All4h selepas pulang dari mengerjakan umrah pada Januari 2019.

MILA (depan) dan Nonny ketika mengerjakan umrah.

“Semalam saya menggigil lihat Instagram Nonny. Saya terus menghubunginya. Alhamdulillah, dapat bercakap dengan dia sekejap. Saya sedih kenapa saya tak boleh ada di sisinya untuk dengar semua keluh kesahnya.

“Saya mohon jangan buat perkara yang bercanggah dari perintah All4h. Nonny, jangan persiakan hidayah yang dihadiahkan oleh All4h. Saya mohon, lawan godaan sy4it4n. Ramai sayangkan dia. Selepas bercakap dengan dia, Heliza Helmi menghubungi saya. Kami berdua sangat sedih. Jika dia sangat sayang persahabatan ini, saya minta, saya mohon, jangan siakan hidayah yang sudah Allah hadiahkan,” katanya.

Menerusi hantaran di Instagram, Mila turut menitipkan nukilan buat Nonny serta video kenangan mereka ketika berada di Makkah dan Madinah.

“Non (Nonny), mu (kau) adalah seorang yang sangat baik. Bila berpeluang rapat dengan mu (sangat sangat rapat) hingga kita ke Makkah dan Madinah bersama tunaikan umrah. Mu peluk ku dan menangis waktu kita habis ibadah umrah waktu kita sama-sama atas Bukit Marwah.

“Mu peluk aku kuat kuat dan nangis sambil mu ucapkan terima kasih bawa mu ke tanah suci. Di atas Bukut Marwah tu ku cakap pada mu, Allah yang jemput mu ke sini, terima kasih pada Allah. Ku puji mu nampak cantik bertudung, ku mohon pada Allah di situ juga agar mu kekal bertudung.

“Alhamdulillah bila mu buat keputusan nak berhijrah selepas pulang dari umrah ku antara hamba Allah yang paling seronok.

“Non, ku tahu mu pasti baca hantaran ku ini. Non ingat rezeki milik Allah. usaha ikhtiar lah cara apa juga selagi mana ia halal dan mendapat keberkatan. Allah sedang uji mu wahai sahabat sebab Allah sayang, tolong kuat Non. Jangan terpedaya dengan syaitan.

“Terakhir kali, ku mohon Non dengan sepenuh hati, jangan lah mu berubah kepada kehidupan yang lagha dan penuh sia sia. Ramai yang sayang mu Non. Allah sayang mu,” katanya.

Timbul persoalanĀ 

Kuala Lumpur: Hantaran dimuat naik pelakon dan penyanyi, Nonny Nadirah menimbulkan persoalan mengenai penampilan terbaharu dirinya.

Menerusi video berdurasi 38 saat itu memaparkan seorang wanita berbaju putih dengan mengenakan stokin jaring. Namun wajahnya ditutup dengan alat pelindung muka.

Hantaran itu turut disertakan dengan keterangan gambar berbunyi ‘It’s good to be back’ (bagus untuk kembali).

Malah, berdasarkan tinjauan di akaun Instagram yang mempunyai 483,000 pengikut itu, dia sudah memadam semua hantaran sebelum ini.

Sementara itu di Instagram Story pula, Nonny memuat naik video sama.

Terdahulu, Nonny, 32, atau sebenarnya Nonny Nadirah Zainuddin tampil bertudung sejak pulang daripada mengerjakan umrah pada Januari 2019.

Dalam satu laporan temubual, Nonny diminta pandangannya mengenai segelintir golongan artis yang kembali membuka hijab selepas bertudung.

“Pada saya, ujian dan dugaan yang Allah berikan kepada kita adalah berbeza. Allah pula menghadirkan ujian kerana Dia menyayangi hamba-Nya. Tuhan juga takkan menduga seseorang manusia dengan ujian di luar kemampuannya. Jika boleh dihadapi ujian itu, insya-Allah perkara lebih besar dan baik akan diberikan kepada kita.

“Kita juga perlu sentiasa bersangka baik dengan orang lain. Saya, umpamanya, mengajar diri untuk terlebih dulu mencari salah sendiri daripada sibuk memperkatakan kesilapan orang lain.

“Cari persekitaran yang baik, insya-Allah kita juga akan menjadi orang yang lebih baik,” katanya.

Sementara itu, cubaan Harian Metro menghubungi Nonny bagi mendapatkan penjelasannya belum berjaya.

 

sumber :hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *