Artis

“Aleesya je yang pakai mask dalam ramai2 tu..”- Netizen

Selepas berlangsung majlis perkahwinan selebriti popular Neelofa, kecoh di media sosial mengenai dakwaan berhubung pematuhan prosedur operasi standard (SOP).

Namun begitu, tiba-tiba puteri tunggal hasil perkahwinan Engku Emran dan Erra Fazira, iaitu Engku Aleesya pula menjadi perhatian di aplikasi TikTok ketika bergambar di atas pelamin.

Sebuah video dikongsi seorang gadis, @irania.mohamed memuji kanak-kanak berusia 12 tahun itu yang disifatkan menjaga SOP dengan memakai pelitup muka walaupun bergambar dalam kalangan ahli keluarga.

“Dia sorang pakai mask sesi bergambar”

@irania.mohamedDia sorg pakai mask sesi bergmbr majlis lofa🤗🤗🤗♬ original sound – 【GADIS】IEZA

 

“Dalam ramai-ramai, anak Erra Fazira yang pakai pelitup muka. Sangat menjaga SOP, tindakan yang bagus adik!” tulis gadis berkenaan.

Rakaman video tersebut meraih 523,000 tontonan setakat ini, selain hampir 15,000 tanda suka serta komen segelintir netizen yang memuji tindakan Aleesya yang ‘setia’ memakai pelitup muka.

Orang lain jaga keayuan…

Bagus budak ni!

Pening kalau kena saman

3 orang mak didik dia…

Aleesya berada di majlis berkenaan selepas bapanya, Emran berkahwin dengan kakak Neelofa iaitu Noor Nabila pada 19 Mac lalu.

Terdahulu, polis telah membuka kertas siasatan selepas dipercayai majlis tersebut gagal mematuhi SOP ditetapkan dan tiada penjarakan fizikal.

Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Noor selamat bernikah dengan pendakwah bebas Haris Ismail atau PU Riz di sebuah hotel di Kuala Lumpur, pagi semalam.

Sumber: TikTok @irania.mohamed

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *