Netizen Tak Bodo, Baru Kahwin Dah Kena Kerah Lawat Tapak, SOP Hanya Untuk Rakyat Marhaen?

Biarpun pembekal makanan dan minuman Chatime Malaysia Sdn Bhd telah mengesahkan pengacara dan usahawan, Neelofa serta suami PU Riz berada di Langkawi atas urusan kerja, namun masih ada cakap-cakap yang mengatakan bahawa isu ini adalah berantai dan berangkai

 

May be an image of text

Namun menurut pendapat seorang individu di FB Kamarul Afiq As-Subanji yang merasakan SOP yang di wujudkan tidak terpakai pada golongan T20 malah telah banyak double standard yang kita dengar dalam isu siasatan antara golongan ini.

Neelofa dan Chatime ni sebenarnya ada isu berantai dan berangkai.

1. Beberapa bulan lalu, Chatime jalin kerjasama dengan susu Nilofa untuk menghasilkan produk ‘Dalgona Nilofa’.

2. PA Chatime – Malihah Khairuddin, dan PA Neelofa – Nadiah Khairuddin adalah adik-beradik. Maka, isu ini sememangnya berangkai bila mana Neelofa, Nilofa, Chatime, dan pertalian adik-beradik terkait sekali dalam isu ini

May be an image of 1 person and text that says 'Nur Nadiah Khairuddin 3rd 3rd Infrastructure University Neelofa Sdn Bho Kuala Lumpur Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur, Malaysia .32 connections Message More...'
May be an image of 1 person and text that says 'Malihah Khairuddin 3rd PA, Director's Office at Chatime Malaysia Infrastructure University Kuala Lumpur (IUKL) Chatime Malaysia Federal Territory of Kuala Lumpur, Malaysia 45 connections Connect Message Experienced Personal Assistant to Director with a demonstrated history of working in the food & ...more'

3. Chatime memuatnaik kenyataan kononnya Neelofa pergi ke Kedah untuk lawatan kerja, bagi membuka cawangan baru Chatime. Tapi netizen tak lah bodoh. Orang baru sehari-dua kahwin dah kena kerah pergi lawatan tapak?

4. Kemudian, kenyataan tersebut dibuang tidak lama selepas itu. Mujur ada netizen yang sempat download kenyataan tu!

5. Netizen juga bongkar di laman sesawang Chatime sendiri, Langkawi tidak tersenarai dalam cawangan baru Chatime. Err…?

6. Hal ini sebenarnya jadi makin panas setelah golongan T20 macam Neelofa sewenangnya melanggar SOP yang ditetapkan oleh kerajaan sewaktu majlis perkahwinannya. Bahkan, Menteri Agama turut berada di dalam majlis yang sama. SOP hanya untuk rakyat marhaen? Menteri dan golongan bangsawan mempunyai keistimewaan untuk melanggar SOP?

7. Usahawan terkenal, Mag Malaya menyelar tindakan menggunakan pengaruh duit, niqab, dan kopiah putih!

8. Jelas sekali, perundangan di negara ini adalah untuk dilanggar oleh menteri dan golongan bangsawan. Manakala rakyat marhaen yang melanggar perundangan negara, akan segera dikenakan tindakan.

sumber :  FB Kamarul Afiq As-Subanji

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*