Artis

Penantian 10 Tahun, Irwan Syah Kongsi Detik Gembira Isteri Selamat Melahirkan Cahaya Mata Pertama.

Nama pelakon dan penyanyi dari negara jiran Indonesia, Irwansyah pastinya dikenali oleh rakyat Malaysia selepas ‘meletupnya’ filem My Heart suatu ketika dahulu.

Isteri lahirkan anak pertama

Selepas hampir sepuluh tahun berkahwin dengan pelakon sinetron Indonesia, Zaskia Sungkar, akhirnya pasangan ini berjaya menimang cahaya mata sulung mereka semalam.

Hal tersebut dikongsikan sendiri Irwansyah di Instagramnya serta saluran YouTube keluarga isteri, The Sungkar Family.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Irwansyah (@irwansyah_15)

Kongsi detik kelahiran di YouTube

Dia telah berkongsi detik-detik bahagia itu dari awal isterinya memasuki ruangan bersalin sehingga anak lelaki mereka yang diberi nama Ukkasya Muhammad Syahki selamat dilahirkan.

Bayi pertama mereka telah dilahirkan dengan berat 3.4kg serta dalam keadaan sihat.

Dalam penulisannya di Instagram juga, penyanyi lagu Pencinta Wanita ini sempat menzahirkan rasa syukur yang tidak terhingga di atas kelahiran anak pertamanya dan Zaskia.

Dia juga turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang sudi mendoakan kesejahteraan ibu dan anak.

Tahniah Irwan dan Zaskia

Sehubungan dengan itu, Instagram Irwansyah telah dibanjiri dengan ucapan tahniah diatas kelahiran bayi sulungnya dan rata-rata mereka mendoakan agar baby Ukkasya membesar menjadi anak yang soleh serta berbakti kepada orang tua.

 

Semoga baby menjadi anak yang soleh

Syukur Alhamdulillah

 

 

Semoga menjadi anak yang berbakti untuk orang tua

Terharu lihat Zaskia melahirkan

 

Sumber: Irwansyah, The Sungkar Family

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *