Artis

“Kalau kau depan aku maybe aku lempang dulu baru peluk kau”- Ika Nabila

 

Pelakon cantik, Ika Nabila menerusi akaun Instagram miliknya ada meluahkan rasa terkilan terhadap perubahan yang dilakukan oleh seseorang kenalan rapatnya.

Walaupun begitu, Ika enggan mengulas dengan lebih lanjut berhubung isu tersebut sebaliknya berharap agar orang ramai memberikan masa dan ruang kepada individu itu untuk kembali seperti dahulu.

Berdasarkan perkongsian tersebut, Ika Nabella memberitahu dia sebenarnya hanya memerhati apa yang berlaku terhadap rakannya itu tetapi dia memilih untuk mendiamkan diri. Meskipun begitu, dia mengakui sangat terkejut melihat perubahan kenalannya namun dia percaya setiap manusia mempunyai dugaan dan ujian masing-masing. Bahkan sebagai manusia di atas muka bumi ini tidak lari dari membuat kesilapan dan Allah SWT telah menutup aib kita.

Dia pakai seluar pendek pun tak reti. Singlet pun tak tau pakai I yg mengajar dia fesyen bodo. Dia tak pernah nak ikut pun. MALU dia kata. Dia ada prinsip. Dia tau tujuan hidup dia. Dia tau sapa diri dia, sapa keutamaan dia.

Dia hidup untuk mama dia & orang-orang yg dia sayang walaupun orang-orang yg dia sayang tu bodo tak reti hargai dia. dulu I selalu marah dia jgn jadi bodo bila sayang orang, sayang diri sendiri dulu baru fikir orang. Tapi I hanya mampu marah je la. Dia pun bukan budak-budak.

‘Allah tutup aib kita di mata manusia’

 

Meskipun tidak menyebut mana-mana nama namun Ika mengakui mengenali individu berkenaan dan berharap agar rakannya itu tahu apa yang dilakukannya. Ika juga percaya pasti ada sesuatu perkara yang telah berlaku sehingga rakannya membuat keputusan drastik seperti ini.

Aku ada je ni. Aku taknak balik-balik call kau nanti kau benci. Kalau kau depan aku maybe aku lempang kau dulu baru peluk kau sebab kau tak share dengan aku masalah kau macam kau selalu buat dulu. Ini la perangai buruk kau dari dulu suka diam-diam simpan masalah lepas tu buat hal. Jaga Diri ok? Kau ok tu aku tau. Anytime kau perlukan aku. Call. Aku ada je ni.

Sementara itu, Mila Jirin menerusi akaun Instagram miliknya juga ada berkongsi nasihat agar kita tidak tersasar ke jalan yang salah dan berharap agar Allah SWT tidak akan membolak balikkan hati kita.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by B I Z M I L L A (@mila_jirin)


Sumber: Ika NabilaMila Jirin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *