Artis

Kongsi Aktiviti Naik Cable Car, Netizen Sindir Cawangan Baru Chatime Neelofa Atas Gunung

Jelas sudah kehadiran selebriti popular Neelofa di Pulau Langkawi bukan untuk berbulan madu, sebaliknya atas urusan perniagaan seperti kenyataan dikeluarkan syarikat produk minuman Chatime baru-baru ini.

Bagaimanapun, tindakan selebriti berusia 32 tahun itu berkongsi video di InstaStory yang menaiki kereta kabel bersama suaminya Haris Ismail mengundang perhatian warganet.

Menerusi rakaman ‘boomerang’ itu, pasangan tersebut dilihat berpegangan tangan sambil menikmati keindahan pemandangan alam semula jadi di puncak gunung.

 

Meninjau reaksi netizen di laman Twitter, segelintir mempersoalkan tindakan bekas pengacara MeleTOP itu yang mungkin membuka cawangan baru produk minuman tersebut berkonsepkan ‘pandu lalu’.

Buka cawangan atas tu ke?

Jelas sudah kehadiran selebriti popular Neelofa di Pulau Langkawi bukan untuk berbulan madu, sebaliknya atas urusan perniagaan seperti kenyataan dikeluarkan syarikat produk minuman Chatime baru-baru ini.

Bagaimanapun, tindakan selebriti berusia 32 tahun itu berkongsi video di InstaStory yang menaiki kereta kabel bersama suaminya Haris Ismail mengundang perhatian warganet.

Menerusi rakaman ‘boomerang’ itu, pasangan tersebut dilihat berpegangan tangan sambil menikmati keindahan pemandangan alam semula jadi di puncak gunung.

 

Chatime bergerak kot…

Bersangka baik, tengah uji kelajuan

Tak pun ‘drive-thru’ kan!

Bagaimanapun, ada juga individu mengecam dengan menyifatkan selebriti yang baru menerima Anugerah Sayyidina Juwairiyah Al-Harith itu tiada sensitiviti kerana soal rentas negeri boleh mengundang emosi rakyat Malaysia.

Boleh pulak buat IG Story…

Orang lain nak balik sebab keluarga meninggal pun tak lepas!

Maklum la pengantin baru, mungkin Neelofa sekadar mahu berkongsi momen romantis bersama suami dengan peminat? Tak pun tengah ‘survey’ jarak lokasi dan beberapa faktor lagi sebelum buka cawangan baru!

Sumber: Instagram Neelofa , Twitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *