“Macam kenal besen tu..”- Suami Yana Selamba Perli Nonny Nadirah?

Seorang artis cantik yang berhijab Nonny Nadirah mengejutkan ramai sejak minggu lepas selepas berkongsi gambar yang dilihat agak seksi dengan kapsyen yang tertulis It’s good to be back.”

Semalam namanya kembali diperkatakan apabila memuat naik gambar berendam dalam besen tanpa berbaju pula. Walau bagaimanpun, bekas peserta program realiti popular itu hanya mendiamkan diri tanpa berikan sebarang penjelasan lanjut berhubung tindakan terbabit.

Gambar yang dimuat naik itu nyata menerima pelbagai reaksi termasuklah daripada beberapa sahabat baiknya yang jelas kecewa dengan tindakan tersebut. Selain sudah penat mahu beri nasihat dan teguran kepadanya, mereka cuma mendoakan dia kembali ke jalan yang sepatutnya.

Terkini, penerbit Fadzil Zahari memuat naik sekeping foto yang disunting seolah-olah memerli selebriti yang terpalit dengan kontroversi berendam dalam besen berkenaan.  Suami kepada Yana Samsudin itu turut menulis kapsyen “Nak romantik di pantai takleh rentas negeri, rai sekadar mampu…”

Netizen yang sentiasa cakna isu semasa mula perasan status itu seolah memerli Nonny Nadirah

sumber : IG Fadzil Zahari

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*