Kisah Masyarakat

Polis Cari Lelaki Curi Sekampit Beras Dan Susu, Respon Tuan Kedai Buat Ramai Terharu.

Kota Tinggi: Polis sedang mengesan seorang lelaki yang memecah masuk sebuah kedai makan dan mencuri sekampit beras dan susu di Jalan Indah, di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, dalam kejadian jam 4.15 pagi itu, suspek dipercayai melakukan kegiatan itu bersendirian.

“Laporan polis diterima di Balai Polis Kota Tinggi. Setakat ini belum ada tangkapan dibuat.

“Hanya sekampit beras iaitu 10 kilogram dan satu kotak susu hilang,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, siasatan masih dilakukan termasuk penelitian menerusi rakaman litar tertutup.

Katanya, kes disiasat mengikut S3ksyen 457 Kanun Kes3ksaan.

Terdahulu, tular di Facebook (FB) kejadian kecurian berlaku di sebuah kedai makan.

Namun di fahamkan tuan kedai telah menghalalkan barang yang telah dicuri itu

sumber : hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *