Artis

Ibu Ceritakan Sikap Suami Amalina, Pekerjaan Alex Rupanya Bukan Calang-Calang..

Pastinya insan yang paling gembira menerima berita pernikahan pakar bedah kelahiran Malaysia, Dr Amalina Che Bakri bersama jejaka Inggeris, Alexander Charles di London, United Kingdom, pada Rabu lalu ibu beliau sendiri.

Meskipun tidak dapat hadir ke majlis ringkas yang berlangsung di Masjid Central London, ibu Dr Amalina, Sabariah Hassan berpeluang menyaksikan detik istimewa itu menerusi panggilan video menggunakan aplikasi Facetime.

Menurut Sabariah, 61, dia mengucapkan kesyukuran apabila majlis pernikahan anaknya itu selesai dan berjalan lancar meskipun tiga kali tertangguh berikutan ‘lockd0wn’.

” Menerusi video, saya berpeluang untuk menyaksikan sendiri pernikahan Amalina dari kediaman saya di Ulu Tiram, Johor. Saya rasakan seperti berada bersamanya ketika itu.

” Saya tengok dari sebelum majlis, ketika berlangsung dan selepas selesai nikah saya dapat bercakap dengan Amalina dan keluarga Alex (Alexander).

” Perasaan gembira saya bercampur sebak ketika itu, terutama sewaktu dilafazkan Amalina sah bergelar isteri kepada Alex.

” Sebagai ibu, sudah tentu saya gembira melihat Amalina bertemu jodoh dengan lelaki terbaik buat dia,” katanya secara eksklusif kepada mStar.

Sabariah berkata, pernikahan Dr Amalina itu dibuat setelah mendapat surat kebenaran nikah di luar negara daripada Jabatan Agama Islam Negeri Johor (Jainj).

Mengikut perancangan asal, katanya, Dr Amalina sepatutnya bernikah di Malaysia pada Disember lalu tetapi disebabkan pandemlk C0VlD-I9, ia kemudian bertukar lokasi di UK.

” Tiket penerbangan untuk saya ke London sudah pun ditempah dan terpaksa ditunda juga berikutan ‘l0ckd0wn’ di UK beberapa kali. Memang Amalina mahu saya ada sama ketika nikah.

” Saya pun mahu berada di sampingnya. Tapi atas fakt0r keselamatan berikutan wb4k C0VlD-I9, saya fikir biarlah saudara Amalina di sana wakilkan,”

Sabariah berkata demikian sebagai merujuk kepada hanya enam tetamu yang dibenarkan hadir bersama mengikut peraturan C0VlD-I9.

Pesara guru dan bekas pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ulu Tiram di Johor itu turut meluahkan rasa syukur apabila Dr Amalina terbuka hati untuk melangsungkan pernikahan bersama jejaka pilihannya.

” Tiga tahun lalu, masa Amalina umur 30 tahun, saya ada berpesan kepada dia untuk bernikah.

” Tapi dia mahu memberi tumpuan kepada latihan pakar bedah, kerjaya dan pengajian PhD (D0ktor Falsafah) terlebih dahulu.

” Katanya mungkin nak berkahwin pada usia 35 tahun. Saya tidak pernah memksa Amalina malah menyokong dia, tetapi sekadar menyarankan apa yang terbaik agar ada seseorang yang terbaik dapat menjaganya.

” Alhamdulillah, Amalina bersedia untuk bergelar isteri pada umur 33 tahun ini,” ujarnya.

Mengulas lanjut, Sabariah berpandangan bahawa Alex yang juga berusia 33 tahun sebagai seorang lelaki yang lemah-lembut, baik hati dan bertanggungjawab terhadap Dr Amalina sambil menambah kedua-dua keluarga merestui hubungan mereka.

Seorang yang lemah lembut

” Alex seorang lemah-lembut, berhati baik dan menghormati saya sebagai ibu kepada Amalina. Saya bertemu dengannya beberapa kali ketika kunjungan saya ke UK.

” Bukan sekadar Alex, keluarga dia pun baik-baik. Saya berdoa agar Allah SWT sentiasa memberi kerahmatan kepada Amalina dan suami agar berbahagia ke jannah, dan dikurniakan zurlat yang baik-baik. Semoga kami semua dirahmatiNya,” katanya.

Dalam pada itu, Sabariah turut meluahkan rasa rindu menebal terhadap anak tunggal kesayangannya itu, yang kali terakhir ditemuinya pada Hari Raya 2019.

Pertemuan itu ketika pembed4han yang berjaya membuang tumor 200 gram di mulut bayl berusia sembilan bulan, Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin di sebuah h0spltal kanak-kanak di London hasil inisiatif Dr Amalina.

” Selepas itu kami masih belum berjumpa disebabkan oleh wbak C0VlD-I9. Ikutkan Hari Raya tahun lepas Amalina bercadang untuk pulang ke Malaysia.

” Buat masa ini belum ada ketetapan bilakah majlis resepsi Amalina dan Alex di Malaysia, semuanya bergantvng kepada perkembangan semasa C0VlD-I9,” katanya.

Suami Dr. Amalina adalah seorang pengarah di sebuah syarikat perisian

Terdahulu, menerusi laman Instagram, Dr Amalina memuat naik sekeping fotonya bersama suami di sebuah taman.

Dr Amalina menggayakan kurung moden rona putih rekaan Cosry, manakala Alex yang juga seorang pengarah di sebuah syarikat perisian mengenakan sut lengkap berwarna hit4m serta putih.

Pasangan itu mengik4t tali pertunangan pada Ogos, tahun lalu.

Sebelum ini tular di media soslal apabila ramai tertanya-tanya identiti dan pekerjaan sebenar suami Dr. Amalina itu.

Sumber:mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *