Artis

” Mereka Kena Jawab, Jelas Langgar SOP ..” Ketua Polis Negara

Pihak polis akan memanggil pasangan selebriti terkenal Neelofa dan suaminya PU Riz atau nama sebenarnya Haris Ismail untuk direkod keterangan bagi membantu si4satan berkaitan dakwaan berbulan madu di Langkawi.

Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, berdasarkan bukti video dan gambar dimuat naik di laman sosial pasangan itu didapati melangg4r prosedur operasi standard (SOP), lapor BH Online.

β€œKita sedang tangani kes ini selepas ada gambar aktiviti dan kehadiran beliau (Neelofa) bersama suami (di Langkawi) telah mel4nggar SOP yang ditetapkan.
β€œKita akan ambil tindakan,” katanya pada sidang media selepas Majlis Perasmian S3ksyen K9 Langkawi Polis Diraja Malaysia di sini, hari ini.

Memetik laporan BH Online lagi, Abdul Hamid berkata, pegawai penyi3sat akan mengenal pasti adakah aktiviti yang gambarnya dimuat naik itu sebahagian kegiatan perniagaannya.

β€œMereka kena jawab, tapi gambar itu macam aktiviti santai-santai sahaja…. jelas ia tidak boleh dilakukan dan melanggar SOP.
β€œSebabnya dia datang dari kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ke Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP),” katanya.

Selain itu, beliau menambah pihak polis juga akan memanggil saksi yang boleh membantu melengkapkan siasatan kes itu secepat mungkin.

Sumber:Β BH OnlineΒ (Hamzah Osman)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *